Sebagai pengasas AINNA, saya sering duduk bersama pemilik PKS dan usahawan di seluruh Malaysia. Perbualan kami selalu bermula dengan nada optimis - AI boleh ubah cara kita berniaga. Tetapi realitinya, AI agents tidak semanis yang digambarkan dalam hype pemasaran. Hari ini, ramai syarikat mula melambatkan atau menghentikan projek AI mereka kerana kos token, GPU, cloud dan penyelenggaraan menjadi terlalu tinggi.
Kesilapan sebenarnya ialah apabila kita menggunakan LLM untuk segala-galanya. Tugas mudah sepatutnya dijalankan menerusi parser, rule-based automation atau detached systems, manakala AI hanya diguna apabila benar-benar diperlukan. Untuk PKS Malaysia, strategi yang bijak bukanlah melabur lebih besar, tetapi melabur dengan lebih tepat.