Alhamdulillah, AI Agent kami kini diubah suai dan dibangunkan berasaskan arkitektur AINNA NeuralOps yang semakin matang - dibentuk oleh penggunaan sebenar, eksperimen model, bilion token, dan pengoptimuman berterusan.
Ini bukan sekadar chatbot atau agen yang disambungkan terus kepada LLM. Ia adalah infrastruktur AI yang direka untuk berfikir dan bertindak dengan bijak.
Arkitekturnya menggabungkan Smart Routing, pemprosesan khusus, sistem terpisah, lapisan pengesahan, dan penggunaan LLM yang terkawal memastikan AI hanya digunakan apabila benar-benar diperlukan.
Prinsip kami mudah:
AI harus tahu bila untuk berfikir, bila untuk melaksanakan, dan bila tidak perlu menggunakan AI langsung.
Insya-Allah, sistem ini akan dilancarkan selepas sesi pitching kami yang akan datang di hadapan YTM Raja Muda Selangor.
Ini juga menjadi antara mesej utama yang saya dan pasukan akan bentangkan - bagaimana AINNA NeuralOps boleh menjadi asas infrastruktur AI yang lebih cekap, terkawal, boleh skala, dan praktikal untuk operasi SME serta organisasi sebenar.
Langkah demi langkah, NeuralOps semakin menjauhi daripada sekadar konsep.
Ia sedang menjadi infrastruktur AI yang benar-benar berfungsi untuk perniagaan Malaysia.
#AINNA #NeuralOps #AIAgent #AgenticAI #AIInfrastructure #EnterpriseAI #Automation #DigitalTransformation #MalaysiaAI


