Salah satu kritikan paling kerap kedengaran, tetapi paling cetek dari sudut teknikal, terhadap AI ialah:
“AI memakan terlalu banyak tenaga, air dan kuasa GPU.”
Apa yang lebih membimbangkan dari sudut operasi ialah pandangan ini sering dipegang oleh pihak yang membuat keputusan strategik dalam rantaian bekalan dan sistem, sedangkan keputusan tersebut lebih banyak dipengaruhi oleh hype berbanding analisis beban kerja dan pemahaman terhadap seni bina sistem.
Ironinya, sebahagian daripada mereka yang mengkritik penggunaan sumber oleh AI juga merupakan pihak yang menerapkan AI secara membuta tuli dalam proses operasi, tanpa smart routing, tanpa model segmentation, tanpa kawalan penggunaan dan tanpa memahami bila large model benar-benar diperlukan dalam aliran kerja.
Isu sebenar bukan pada AI itu sendiri.
Masalah sebenar ialah penerapan AI tanpa strategi seni bina dan perancangan beban kerja yang betul.
Dengan smart routing, model segmentation dan detached systems, penggunaan sumber seperti GPU, tenaga dan air penyejuk boleh dikurangkan sehingga 90% kerana large model hanya diaktifkan apabila benar-benar diperlukan oleh aliran kerja.
Menggunakan AI tanpa strategi dalam operasi ibarat:
🚛 Memuatkan satu kotak SKU ke dalam kontena 40 kaki untuk satu destinasi.
❄️ Menghantar barang kering menggunakan lori berpendingin berkuasa tinggi.
🛡️ Menggerakkan keseluruhan armada kenderaan berperisai untuk menghantar satu dokumen pengesahan.
Ia juga ibarat melancarkan kempen ESG di gudang, tetapi sebaik sahaja syif tamat, setiap pesanan diproses dengan tiga salinan kertas picking list, dihantar melalui kurier dalaman untuk pengesahan manual, dan disimpan dalam fail fizikal.
Bercakap tentang sustainability dalam operasi tidak semestinya bermakna kita mengamalkannya di lapangan.
Begitu juga dalam seni bina sistem AI.
Teknologi berkuasa tidak sepatutnya diterapkan secara membuta tuli untuk setiap tugas operasi.
Gunakan small model untuk tugasan berulang seperti klasifikasi SKU atau pengecekan status pesanan.
Gunakan large model hanya untuk masalah kompleks seperti peramalan permintaan multi-pemboleh ubah atau optimasi rangkaian pengedaran.
Gunakan deterministic systems apabila aturan tetap sudah mencukupi, contohnya penentuan zon penyimpanan atau pengiraan lead time standard.
AI tidak secara automatik membazirkan sumber.
Seni bina AI yang lemah, tadbir urus penggunaan yang tidak kukuh, kurangnya kawalan beban kerja, dan keputusan yang dipacu oleh hype sebenarnya menjadi punca pembaziran dalam operasi.
AI yang mampan bukan bermaksud menggunakan kurang kecerdasan dalam sistem.
Ia bermaksud menggunakan kecerdasan yang betul, pada tahap model yang betul, untuk tugasan yang betul.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
我喜欢90%这部分,因为它讲得比较务实。
The case for salah satu kritikan paling kerap is well made.
Bookmarked, mostly for sedangkan keputusan tersebut lebih banyak.
Still thinking about dikurangkan sehingga 90% 90%.
We hit tetapi paling cetek dari sudut at work before. Good that someone wrote it down.
Worth reading for 🚛 memuatkan satu kotak SKU alone.
Clearer than the vendor decks I get about kontena 40 kak 40 k.
ส่วน90%นี่ทำให้ผมคิดต่อ