"AI boleh urus semua benda bisnes saya. Betul ke?"
Saya kerap dapat soalan ni, terutama dari seller dan rakan-rakan dalam operasi e-commerce. Jawapan saya sentiasa sama: Mula kecil.
Selepas beberapa tahun mengurus marketplace, stok, dan operasi jualan dalam talian, saya belajar bahawa AI paling berbaloi apabila kita guna dia sebagai pembina sistem, bukan pekerja untuk kerja-kerja berulang.
Contohnya, jangan suruh AI proses 1,000 muka surat penyata bank atau settlement marketplace setiap bulan. Suruh AI bina satu sistem deterministik yang boleh proses penyata-penyata tu secara automatik. Dah siap sistem, ia boleh jalan berjuta-juta kali tanpa AI perlu buat proses berulang.
Dengan pendekatan ni, penggunaan token AI kita turun dari 32 billion token bulan pertama ke dalam 3 billion token bulan seterusnya.
Jangan guna AI untuk ulang buat kerja. Guna AI untuk bina sistem yang buat kerja tu.
Mula kecil. Bina sekali. Skala selamanya.
#ArtificialIntelligence #AI #BusinessAutomation #DigitalTransformation #SystemEngineering #Automation #SME #Innovation #NeuralOps
AI boleh urus semua benda bisnes saya. Betul ke?