Agentic AI Ibarat Genie Aladdin. 🧞♂️
Bayangkan anda ada Genie Aladdin yang boleh tunaikan hampir apa sahaja permintaan.
Ramai seller akan minta sales, traffic, atau order masuk automatik. Tapi setiap kali ada isu stok, harga, atau pesanan, mereka kena panggil Genie itu semula.
Orang yang lebih bijak akan buat permintaan yang berbeza.
“Bina untuk saya satu sistem yang terus jana jualan dan kemas operasi, supaya saya tak perlu panggil kau lagi.”
Itulah cara saya nampak potensi sebenar Agentic AI dari sudut operasi e-commerce.
Hari ini, ramai team e-commerce masih guna AI secara tradisional. Tanya soalan, dapat jawapan. Bagi arahan, dapat hasil. Esok, buka dashboard, ulang proses sama.
Tapi dengan arahan dan arkitektur yang betul, AI boleh bina sistem yang laksana tugas berulang, ikut peraturan keputusan, pantau operasi, dan hasilkan output berterusan tanpa perlu prompt AI lagi.
Di AINNA, kami amalkan falsafah ini melalui NeuralOps - Smart Routing, Specialised Parsers, dan Detached Systems.
Pendekatan kami sudah capai satu milestone penting.
Dua teknologi AINNA telah mencapai Technology Readiness Level 9 (TRL 9), tahap kematangan teknologi tertinggi, melalui penilaian MOSTI:
AINNA NeuralOps System - Infrastruktur Agentic AI untuk automasi, orkestrasi, dan pengoptimuman sumber AI.
Financial Statements for Street SMEs - Teknologi yang bantu SME ubah rekod transaksi kewangan jadi penyata kewangan berstruktur.
TRL 9 bermaksud teknologi yang sudah terbukti dalam persekitaran operasi sebenar, bukan lagi prototaip atau demo proof-of-concept.
Objektif kami bukan untuk buat AI kerja lebih keras.
Objektif kami ialah jadikan AI kurang diperlukan untuk mengulang kerja yang sama.
Sebaik sahaja satu proses boleh dilaksanakan dengan konsisten oleh sistem khusus, tiada alasan untuk terus memakan token LLM bagi operasi berulang yang sama.
Kami guna AI untuk bangunkan inteligensia, kemudian tukar inteligensia itu jadi infrastruktur.
Itulah beza antara milik Genie yang kena sentiasa dipanggil dan milik sistem yang terus menjana nilai walaupun Genie dah tiada.
Dalam era Agentic AI, mungkin permintaan paling bernilai bukan minta AI lakukan 1,000 tugasan.
Tapi minta AI bina satu sistem yang mampu lakukan tugasan tersebut 1,000 kali tanpa perlu diminta lagi.
AI terbaik bukan yang selalu kita panggil. Tapi yang bina sesuatu sampai kita tak perlu panggil lagi.
#AgenticAI #AINNA #NeuralOps #TRL9 #MOSTI #AIAutomation #AIInfrastructure #DigitalTransformation



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
حفظته، خصوصًا من أجل هذا الجزء.
This is where tapi setiap kali ada isu finally makes sense.
Bookmarked, mostly for 🧞♂️ bayangkan anda ada genie.
Nice one. Tapi dengan arahan dan arkitektur alone worth the read.