Minggu lepas, aku bersama Dr Raziff dari UPSI ada peluang untuk pitch AINNA kat MTDC. Bagi aku, yang paling menarik bukanlah sesi pitch tu sendiri, tapi perbincangan sekeliling satu soalan besar - macam mana nak bawa AI dari peringkat research dan eksperimen ke sesuatu yang betul-betul boleh diguna oleh industri? Dalam operasi harian, kita selalu nampak benda yang nampak hebat atas kertas tapi tak bertahan bila berdepan dengan realiti sebenar.
Kami kongsi macam mana AINNA bina NeuralOps dan AI agents berdasarkan keperluan operasi sebenar. Sama macam kita manage stok atau listing kat marketplace - bukan semua benda perlukan sistem yang paling kompleks atau mahal. Ada task yang boleh selesaikan guna rules, parsers, model yang lebih kecil atau sistem berasingan. Matlamatnya mudah - jadikan sistem lebih reliable, kurangkan token usage yang tak perlu, kurangkan hallucination, lower compute cost dan pastikan AI tu cukup praktikal untuk berjalan dalam bisnes sebenar, bukan sekadar cantik dalam demo.






Kat sinilah kolaborasi jadi penting sangat. Penyelidik bawa knowledge, validation dan idea-idea baru. Industri bawa masalah sebenar, workflow sebenar dan cabaran operasi yang kita hadap hari-hari. MTDC boleh main peranan penting dalam bantu teknologi ni bergerak dari peringkat pembangunan ke komersialisasi dan penggunaan industri yang lebih luas.
Bagi aku, Malaysia dah ada ramai talent, penyelidik dan pembina teknologi yang kuat. Cabaran sebenar ialah macam mana nak sambungkan semua keupayaan ni dan ubah jadi solusi yang boleh beroperasi, scale dan cipta nilai komersial sebenar - bukan setakat wujud sebagai konsep atau paper.
Masih awal dan masih banyak yang kami perlu buktikan. Tapi perbincangan macam ni dengan MTDC, bersama Dr Raziff dari UPSI, bantu kami nampak laluan ke hadapan dengan lebih jelas - bina secara lokal, validate dengan use case sebenar, komersialkan dengan betul, dan akhirnya scale melangkaui Malaysia.
#AINNA #MTDC #UPSI #NeuralOps #ArtificialIntelligence #AICommercialisation #AgenticAI #DeepTech #MalaysiaAI



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
Naka-save, lalo na para sa paksang ito.
The case for kami kongsi macam mana AINNA is well made.
Whoever wrote this actually did the work on matlamatnya mudah - jadikan sistem.
Good write-up. bukan sekadar cantik dalam demo alone was worth the read.