Di AINNA, kami menghabiskan banyak masa mendengar pemilik perniagaan Malaysia - terutamanya SME. Satu corak semakin jelas: ramai yang mula ragu-ragu dengan AI agents. Bukan kerana teknologi itu tidak berkuasa, tetapi kerana terlalu banyak janji manis yang dijual terlalu awal.
Ramai mempromosikan AI agents seolah-olah ia boleh beroperasi 24 jam, penuh automatik, membina sistem tanpa henti tanpa campur tangan manusia. Tetapi dalam operasi SME sebenar, realitinya jauh berbeza. Kosnya tinggi, risiko hallucination masih wujud, output tidak konsisten, dan apabila sesuatu menjadi rosak, tuan punya perniagaan tetap yang menanggung akibatnya.
Dari sudut pandangan pelanggan, masalah sebenar bukan pada AI itu sendiri. Masalahnya ialah kurangnya kawalan, perjalanan tugas yang lemah, pembahagian kerja yang tidak jelas, dan objektif yang kabur. AI agents pada masa ini belum matang sepenuhnya untuk bergerak sendiri dalam kebanyakan persekitaran perniagaan. Peranan terkuatnya bukan sebagai pengganti pekerja, tetapi sebagai pembantu pembinaan sistem.
AI agents amat berkuasa apabila digunakan untuk membina sistem, mengautomasi workflow, menjana kod, menyusun proses, dan mempercepatkan perlaksanaan. Tetapi menjual idea bahawa ia boleh menjalankan perniagaan sendiri sesuatu yang mengelirukan - dan berbahaya untuk keyakinan pelanggan.
Apa yang mengecewakan ialah melihat ramai 'guru' AI, CEO, dan CTO membual tentang AI agents yang mengekod 24 jam tanpa henti, sedangkan banyak daripada mereka sendiri tidak mengamalkan apa yang mereka dakwa dalam persekitaran production sebenar.
Mari jujur. Jika keperluan lengkap, kawalan jelas, workflow disusun dengan baik, dan skop ditakrif dengan tepat, AI agent kadangkala boleh melengkapkan modul dalam 10 minit. Apa yang memakan masa bukan coding. Yang memakan masa ialah menakrifkan kawalan, menjelaskan objektif, memecahkan tugas, debugging, testing, validation, dan memastikan sistem tidak runtuh apabila digunakan dalam dunia sebenar.
Selagi hype terus dijual, SME akan semakin kecewa. Kerana apa yang kedengaran indah dalam teori sering kelihatan sangat berbeza apabila dilaksanakan. Hubungan antara pembekal teknologi dan pemilik perniagaan akan rosak jika janji tidak sepadan dengan keputusan.
AI bukan pekeraja ajaib. AI adalah alat yang berkuasa, tetapi hanya apabila pasukan di belakangnya benar-benar faham apa yang sedang dibina - dan pemilik perniagaan masih memegang kawalan.