Sama ada mendapat sokongan pihak berkaitan atau tidak, kami di AINNA terus membina asas infrastruktur AI kami untuk perluasan rentas sempadan.
Kami memang tak malu pitch ke sana ke sini. Kebanyakannya mungkin tidak membawa hasil kewangan, tetapi hampir setiap orang yang kami pitch memberi kami sesuatu yang bernilai pengajaran, maklumat, pandangan pasaran, kenalan dan kadang-kadang arah baharu yang kami tidak pernah terfikir sebelum ini.
Saya sentiasa beritahu anak dan pasukan saya, dunia ini pelik.
Kadang-kadang kita lihat orang lain pitch tanpa objektif yang jelas pun boleh dapat apa yang mereka mahu. Itu rezeki mereka. Ia tidak bermakna dunia sengaja mahu menyukarkan kita.
Jadi kami hanya terus bergerak ke hadapan.
Sasaran seterusnya kami adalah pasaran global, dan China adalah salah satu pasaran yang kami sasar. Tetapi kami mahu masuk dengan prinsip yang berbeza - infrastruktur AI yang cekap, boleh skala, boleh diukur dan ESG dari awal lagi.
Dengan NeuralOps, kami sedang membina arkitektur infrastruktur AI yang mensasarkan penggunaan tenaga sehingga 90% lebih rendah, serta mengurangkan keperluan air dan pendingin daripada infrastruktur komputasi berat.
Kami tidak mahu ini sekadar menjadi tuntutan pemasaran.
Kami malah membangunkan kalkulator dan rangka kerja pengukuran sendiri untuk mengira garis dasar, penggunaan tenaga, keperluan infrastruktur dan penjimatan yang mungkin, supaya orang ramai boleh mempersoal, menguji dan mengesahkan tuntutan kami.
Percubaan pertama kami akan berlangsung pada 2 September, untuk pitch Export Readiness Programme.
Daripada semua syarikat yang akan pitch di sana, kami adalah satu-satunya yang membawakan produk Infrastruktur AI.
Bukan chatbot.
Bukan sekadar aplikasi AI.
Bukan hanya automasi.
Kami mempitch infrastruktur itu sendiri melalui NeuralOps, Smart Routing, Detached Systems, pemprosesan khusus, automasi, tadbir urus, arkitektur penyebaran, pengoptimuman sumber dan kecekapan AI.
Ini akan menjadi ujian pertama kami untuk melihat bagaimana reaksi orang ramai dan pasaran terhadap tawaran AI Infra kami untuk perluasan rentas sempadan.
Adakah kami akan mendapat sesuatu daripadanya? Kami tidak tahu.
Mungkin ya, mungkin tidak.
Tetapi walaupun tanpa hasil kewangan, kami masih mendapat maklum balas, maklumat, kenalan, pemahaman pasaran dan pengajaran tentang apa yang perlu kami perbaiki sebelum melangkah ke pasaran global.
Setiap pitch menambah satu lagi kepingan kepada asas kami.
Setiap penolakan mengajar kami sesuatu.
Setiap perbincangan memberi kami lebih banyak data.
Dan setiap peluang membolehkan kami menguji sama ada apa yang kami bina mampu bertahan di luar persekitaran kami sendiri.
2 September akan menjadi ujian pertama kami.
Tiada jalan pintas. Tiada jaminan.
Kami hanya terus membina, memperbaiki dan bergerak ke hadapan sehingga asas kami cukup kukuh untuk melangkah ke persada global.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen baharu dihantar untuk semakan terlebih dahulu. Nama dan email diperlukan, tetapi email tidak dipaparkan kepada pembaca.
Still thinking about dan China adalah salah satu.
90% वाले हिस्से ने मुझे सोचने पर मजबूर किया।
tetapi hampir setiap orang yang is the part I would forward to my boss.
We hit kami di AINNA terus membina at work before. Good that someone wrote it down. It make the point easier to understand.
Sama ada mendapat sokongan pihak - sums the whole thing up.
Kalau ada lanjutan tentang 90%, saya pasti baca.
Simpan dulu, terutama karena 90%.
Clearer than the vendor decks I get about boleh diukur dan ESG dari.