Merancang Asas Operasi untuk Infrastruktur AI Rentas Sempadan✎ Edit

👁 141 views
Merancang Asas Operasi untuk Infrastruktur AI Rentas Sempadan

Dalam perancangan operasi, sama ada ada bantuan pihak berkaitan atau tidak, kami tetap teruskan kerja-kerja membina asas untuk perluasan rentas sempadan.

Kami memang tak malu pitch sana sini. Kebanyakan masa mungkin tiada hasil kewangan, tapi dari sudut perancangan dan operasi, setiap pitch memberi input penting - pengajaran, maklumat, pandangan pasaran, kenalan dan kadang-kadang arah baharu yang kami tak pernah fikir sebelum ini.

Saya selalu beritahu pasukan saya, dunia ni memang pelik.

Kadang-kadang kita tengok orang pitch tanpa objektif yang jelas pun boleh dapat apa yang dia mahu. Itu rezeki masing-masing. Ia tak bermakna dunia sengaja susahkan kita.

Jadi kami teruskan sahaja.

Sasaran seterusnya ialah global, dan China antara pasaran yang kami sasar. Tapi kami mahu masuk dengan prinsip yang berbeza - infrastruktur AI yang cekap, boleh diskalakan, boleh diukur dan ESG dari awal.

Dengan NeuralOps, kami sedang bina arkitektur infrastruktur AI yang menyasarkan pengurangan penggunaan tenaga sehingga 90%, dan juga mengurangkan keperluan air dan bahan pendingin dari infrastruktur komputasi berat.

Kami tak mahu ini jadi tuntutan pemasaran semata-mata.

Kami malah bina kalkulator dan kerangka pengukuran sendiri untuk kira baseline, penggunaan tenaga, keperluan infrastruktur dan penjimatan yang mungkin, supaya orang boleh persoalkan, uji dan sahkan tuntutan kami.

Ujian operasi pertama kami akan berlangsung pada 2 September, untuk pitch Export Readiness Programme.

Dalam semua syarikat yang akan pitch di sana, kami satu-satunya yang membawakan produk Infrastruktur AI.

Bukan chatbot.

Bukan sekadar aplikasi AI.

Bukan hanya automasi.

Kami membawakan infrastruktur itu sendiri melalui NeuralOps, Smart Routing, Detached Systems, pemprosesan pakar, automasi, tadbir urus, arkitektur deployment, pengoptimuman sumber dan kecekapan AI.

Ini akan jadi ujian pertama kami untuk lihat bagaimana orang dan pasaran bertindak balas terhadap tawaran AI Infra kami untuk perluasan rentas sempadan.

Adakah kami akan dapat sesuatu daripadanya? Kami tak tahu.

Mungkin ya, mungkin tidak.

Tapi walaupun tiada hasil kewangan, kami masih dapat maklum balas, maklumat, kenalan, pemahaman pasaran dan pengajaran tentang apa yang perlu diperbaiki sebelum pergi global.

Setiap pitch menambah satu lagi kepingan kepada asas operasi kami.

Setiap penolakan mengajar kami sesuatu.

Setiap perbualan memberi kami lebih banyak data.

Dan setiap peluang membolehkan kami menguji sama ada apa yang kami bina boleh bertahan di luar persekitaran kami sendiri.

2 September akan jadi ujian operasi pertama kami.

Tiada jalan pintas. Tiada jaminan.

Kami hanya terus bina, baiki dan gerak ke hadapan sehingga asas operasi kami cukup kukuh untuk pergi global.

Artificial Intelligence

Article image
BioResearch Microbiology & cancer disease research intelligence 6 inputs → traceable research priorities Explore →
Edge AI IoT & embedded Linux intelligence at the edge 14 edge agents → offline-capable Explore →
SmartCity AI-powered smart city infrastructure & operations 24 domains → one intelligent operating layer Explore →
IC DesignOps Repeatability, traceability & verification intelligence 21 detached services → 85% without LLM Explore →
AINNA Ecosystem

Keep exploring after this article.

Every article page should end with a clear path into the wider AINNA, Agent, and NeuralOps ecosystem.

Current topic Artificial Intelligence Author profile Siti Nur Najiha AINNA Main ecosystem hub Agent Private autonomous agent hub NeuralOps AI automation and business systems Lead form Start a pilot discussion
AINNA Agent AI

Deploy Our AINNA AI Agent

Linux is the core path, Windows is supported, and Android / Termux works as the companion layer.

Linux / macOS curl -fsSL https://ainna.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
CLICK ME
Rotating Earth

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.