2024, 2025 dan 2026 - tiga tahun yang sangat mencabar dari sudut perancangan dan operasi untuk kami.✎ Edit

👁 166 views
2024, 2025 dan 2026 - tiga tahun yang sangat mencabar dari sudut perancangan dan operasi untuk kami.

Apabila AINNA mula memperluas operasi dan liputan perkhidmatan kepada lebih banyak kilang serta perniagaan di seluruh Malaysia, pasukan perancangan dan operasi - termasuk saya - terpaksa turun ke Lembah Klang boleh dikatakan hampir setiap minggu untuk sesi perancangan, penilaian tapak, penyelarasan projek dan semakan pelaksanaan.

Ada masanya dari pagi sampai petang. Ada juga 2 atau 3 hari berturut-turut.

KL, Subang, Shah Alam, Gombak, Bangi, USJ, Hartamas, MATRADE, MITI, PPAS, Sunway Resort, SME Corp, EXIM Bank dan pelbagai lokasi lagi.

Kalau tak hadir, kami mungkin ketinggalan keperluan operasi, peluang selaraskan proses, koordinasi pihak berkepentingan dan perkembangan penting dalam ekosistem perniagaan serta pembuatan tempatan. Jadi nak tak nak, memang kena turun padang.

Sepanjang tempoh ini, rasanya hampir semua jenis penginapan kami dah cuba - daripada hotel tanpa bintang sampailah hotel 5 bintang. Ada yang menggunakan perbelanjaan sendiri, ada juga yang ditanggung penganjur.

Kalau dikira, mungkin sudah beratus bilik hotel yang pernah kami diami. Homestay pun rasanya tak kurang daripada 20 tempat.

Tapi daripada semua cara saya pernah bermalam, yang paling saya suka sebenarnya… tidur dalam kereta.

Lokasinya pun macam-macam.

Pelbagai R&R, kawasan berhampiran tol plaza, tepi kedai mamak, tepi tasik, kawasan parking yang sesuai, malah pernah juga di Lorong Haji Taib, betul-betul bersebelahan balai polis.

Kadang-kadang sampai lewat malam, esok pagi pula ada program atau tapak lain yang perlu dihadiri. Daripada cari hotel semata-mata untuk tidur beberapa jam, saya bentangkan tilam, susun bantal dan jadikan SUV sebagai bilik bergerak.

Tak pasti kenapa, setiap kali memilih untuk tidur dalam kereta, rasa terujanya lain macam.

Mungkin sebab saya memang sukakan aktiviti outdoor.

Saya bernasib baik menggunakan SUV diesel. Dari segi penggunaan bahan api, beza antara aircond dipasang atau tidak agak kecil. Untuk sekitar 8 jam, kos diesel biasanya tak sampai RM10.

Ruang kecil pula menyebabkan aircond cepat sejuk. Ada masanya sampai menggigil.

Tentulah tidur dalam kereta ada risikonya, terutama berkaitan pengudaraan dan exhaust. Sebab itu saya biasanya pastikan ada bukaan tingkap dan aliran udara yang mencukupi.

Tetapi bagi saya, pengalaman itu tetap mempunyai satu perasaan yang sukar diterangkan.

Mungkin kerana jiwa saya memang dekat dengan outdoor.

Aktiviti perkhemahan saya sendiri sudah melebihi 100 kali, termasuk pernah berkhemah di puncak gunung tanpa ada pendaki lain di kawasan tersebut.

Mungkin sebab itu, walaupun sudah pernah tidur di pelbagai hotel dan resort, apabila diberi pilihan…

tidur dalam kereta masih ada satu kepuasan yang hotel 5 bintang pun susah nak lawan.

Kadang-kadang dalam perjalanan melaksanakan sesuatu projek - sama ada pelaksanaan NeuralOps di kilang atau perancangan penyelesaian AI lain untuk operasi pelanggan - kemewahan bukan perkara yang paling kita ingat.

Yang kita ingat ialah perancangan, penyelarasan, cabaran di tapak, tempat-tempat pelik yang pernah kita singgah untuk pastikan sistem betul-betul berjalan, dan cerita yang datang bersamanya.

Business & SMEs

Article image
BioResearch Microbiology & cancer disease research intelligence 6 inputs → traceable research priorities Explore →
Edge AI IoT & embedded Linux intelligence at the edge 14 edge agents → offline-capable Explore →
IC DesignOps Repeatability, traceability & verification intelligence 21 detached services → 85% without LLM Explore →
Robotics Governed robotics at the industrial edge Perception → safety gateway → controller Explore →
AINNA Ecosystem

Keep exploring after this article.

Every article page should end with a clear path into the wider AINNA, Agent, and NeuralOps ecosystem.

Current topic Business & SMEs Author profile Siti Nur Najiha AINNA Main ecosystem hub Agent Private autonomous agent hub NeuralOps AI automation and business systems Lead form Start a pilot discussion
AINNA Agent AI

Deploy Our AINNA AI Agent

Linux is the core path, Windows is supported, and Android / Termux works as the companion layer.

Linux / macOS curl -fsSL https://ainna.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
CLICK ME
Rotating Earth

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.