Dari sudut perancangan dan operasi pengeluaran, antara perkara yang paling sukar saya terima apabila menghadiri pameran atau program teknologi ialah apabila tarikan utamanya hanyalah anjing robot kecil atau robot berbentuk manusia yang boleh dibeli terus dari pembekal di Yiwu.
Lebih membimbangkan apabila, selepas acara tamat, robot itu hanya disusun dan disimpan. Ia tidak dibongkar, dikaji, diubah suai, atau dijadikan platform pembelajaran untuk jurutera dan pelajar.
Jika kita hanya membeli, mempamerkan, mengambil gambar, dan menyimpan teknologi, kita tidak sedang membina keupayaan. Kita hanya membeli mainan yang mahal. Penggunaan teknologi tidak sama dengan keupayaan teknologi.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
この説明には賛成です。方向性がはっきりしています。
First piece I have read that treats antara perkara yang paling sukar honestly.
The figures on atau dijadikan platform pembelajaran untuk make more sense than most posts.