Jika anda boleh luahkan sistem yang ada di fikiran anda untuk operasi kepada kata-kata, AINNA boleh mula membinanya.
Itulah prinsip di sebalik NeuralOps. Dalam logistik, orang yang paling tahu bagaimana kerja berjalan ialah pasukan di lantai operasi. Mereka boleh terangkan keperluan sistem dalam bahasa mereka sendiri. AINNA, ejen AI kami, akan tukar arahan itu kepada sistem yang boleh disemak dan diperhalusi.
Melalui Web-CLI, antara muka command-line dalam pelayar, seorang pengurus gudang boleh berkata, “Bina sistem yang benarkan pasukan saya rekod stok masuk, semak stok tersedia dan dapatkan amaran bila stok hampir habis.”
AINNA boleh bina borang stok masuk, tambah logik untuk kira baki stok dan sediakan amaran stok rendah. Dalam operasi sebenar, keperluan macam had amaran berbeza ikut produk memang selalu muncul. Pasukan boleh terangkan peraturan itu dan minta AINNA kemas kini sistem dalam workspace yang sama.
Aliran kerja yang sama boleh bantu pasukan bina sistem dalaman, bangunkan aplikasi web dan urus tugasan server. Mereka boleh mula dengan apa yang mereka tahu tentang operasi, walaupun tanpa latar belakang pengaturcaraan.
Setakat ini, kami telah guna NeuralOps untuk bantu dua buah kilang dan satu kerajaan negeri dengan keperluan pembangunan sistem mereka.
Sistem apa yang selama ini anda bayangkan untuk operasi anda, dan bila anda nak mula luahkan dalam kata-kata?
#AINNA #NeuralOps #AIAgent #BusinessAutomation



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
この説明の数字は他の記事より納得できます。
Bookmarked, mostly for mereka boleh mula dengan apa.
Clear and short. Sharing aliran kerja yang sama boleh with my team.
Mereka boleh terangkan keperluan sistem - sums the whole thing up.
Read this twice. semak stok tersedia dan dapatkan is what stayed with me.