Seorang staff kami baru graduate pada Disember tahun lepas. AINNA ialah pekerjaan pertamanya, dan baru sekitar 3 bulan bekerja.
Dengan bantuan AINNA Agent AI, beliau telah berjaya membangunkan sebuah sistem kewangan yang lengkap - sistem yang kemudiannya dinilai pada TRL9 melalui MOSTI, tahap tertinggi dalam Technology Readiness Level.
Bagi saya yang duduk di bahagian logistik, yang menarik bukan sekadar sistem itu.
Tetapi siapa yang mampu membangunkannya, dan berapa cepat kemampuan itu boleh diperoleh apabila manusia bekerja bersama Agent AI.
Di sebuah majlis anjuran Kedutaan Arab Saudi baru-baru ini, saya sempat berkata kepada seorang kenalan yang baru saya temui:
Kelak, untuk sesetengah sistem dalam industri logistik dan supply chain, mungkin graduan Logistics / Supply Chain lebih mudah membangunkan sistem IT untuk gudang dan rangkaian penghantaran berbanding graduan IT yang tidak memahami operasi sebenar di lantai gudang.
Bukan kerana orang logistik lebih pandai coding.
Tetapi kerana coding semakin murah dan semakin mudah dilakukan oleh AI.
Orang logistik sudah memahami aliran barang, inbound dan outbound, kapasiti trak, pick and pack, inventory accuracy, SKU, kastam, dokumentasi penghantaran, safety dan apa yang sebenarnya berlaku di gudang serta di jalan raya.
Agent AI pula boleh membantu mereka membina database, dashboard, API, automation, monitoring system dan application.
Jadi persoalan masa depan mungkin bukan lagi:
“Siapa paling pandai coding?”
Tetapi:
“Siapa paling memahami masalah sebenar yang perlu diselesaikan?”
AI tidak menghapuskan kepentingan IT.
Tetapi ia mungkin mengubah kedudukan IT daripada orang yang membina semuanya kepada enabler yang membolehkan domain expert membina sesuatu dengan jauh lebih cepat.
Dan mungkin inilah cabaran sebenar generasi akan datang:
Apabila technical barrier semakin rendah, domain knowledge, problem solving dan kemampuan memahami dunia sebenar akan menjadi semakin mahal.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen baharu dihantar untuk semakan terlebih dahulu. Nama dan email diperlukan, tetapi email tidak dipaparkan kepada pembaca.
I read this twice. dan berapa cepat kemampuan itu is the part that stuck.
सेव कर लिया, ख़ासकर इस हिस्से की वजह से। और विचार करने योग्य।
Berguna. Kami sedang hadap seorang staff kami baru graduate sekarang.
The part on seorang staff kami baru graduate is the bit I keep re-reading.
Not sure I agree with tahap tertinggi dalam technology readiness, but the rest holds up. Still thinking this one through.
Terus terang, seorang staff kami baru graduate menarik juga.
The framing around pick and pack, inventory accuracy is better than I expected.
Bookmarked, mostly for yang menarik bukan sekadar sistem.
I have watched inbound dan outbound, kapasiti trak go wrong in practice. Good to see it written down. Worth a closer look.
mungkin graduan logistics / is the part I would forward to my boss.
Still thinking about sistem yang kemudiannya dinilai pada.
The numbers around beliau telah berjaya membangunkan sebuah make more sense than most posts I read. It make the point easier to understand.
Worth reading for SKU, kastam, dokumentasi penghantaran, safety alone.
Sent this to two people already. dashboard, API, automation, monitoring system is why.