Teknologi bukan sekadar mempercepatkan kerja. Ia mengubah cara saya berfikir.✎ Edit

👁 179 views
Teknologi bukan sekadar mempercepatkan kerja. Ia mengubah cara saya berfikir.

Dulu, setiap kali pengguna sistem logistik meminta perubahan, saya jarang beri jawapan serta-merta dalam mesyuarat.

Untuk tentukan sama ada satu perubahan itu boleh dibuat pun, saya perlu semak semula aliran proses, integrasi sedia ada, kekangan data dan kesan kepada operasi. Itu boleh ambil sehari. Kadang-kadang berminggu. Malah berbulan. Dan itu baru peringkat keputusan. Pembangunan sebenar boleh makan beberapa bulan lagi.

Hari ini, saya melalui situasi yang jauh berbeza.

Dalam mesyuarat selama 2 jam, seorang klien meminta lebih 20 perubahan besar pada sistem mereka. Sebahagian keperluan itu memang tidak ada dalam URS asal.

Jawapan saya kepada hampir setiap permintaan itu cukup mudah: 'Ya, kita boleh buat.'

Yang paling mengejutkan saya, sekitar 10% daripada perubahan tersebut sempat disiapkan dalam mesyuarat itu juga. Saya beri arahan terus kepada AINNA NeuralOps melalui WebCLI sambil perbincangan dengan klien berjalan.

Saya hadir tanpa pasukan teknikal saya. Kalau pasukan itu ada bersama, saya yakin kita boleh siapkan hampir 60% perubahan yang diminta sebelum mesyuarat tamat.

Itulah tahap NeuralOps mengubah cara saya bekerja.

Dengan multi-agent AI, Smart Routing dan aliran kerja pembangunan automatik, saya tidak lagi melihat keperluan baharu dengan cara yang sama. Dalam operasi logistik, routing bukan sekadar laluan; ia cara mengagihkan kerja, mengatur keutamaan dan pastikan setiap task sampai ke titik akhir yang betul. Smart Routing dalam NeuralOps memberi saya logik yang serupa untuk kerja pembangunan sistem.

Walaupun berhadapan dengan klien yang mencabar, saya rasa lebih yakin. Selagi permintaan itu sah, selamat dan boleh dilaksanakan dari segi teknikal, saya percaya ada cara untuk sampaikan.

Sudah tentu, kata 'ya' bukan bermakna semuanya boleh disiapkan serta-merta. Tetap ada pertimbangan teknikal, ujian integrasi, validasi data dan tanggungjawab operasi selepas itu.

Namun, selepas bertahun-tahun mengendalikan sistem logistik dan R&D, saya boleh katakan ini antara perubahan terbesar dalam cara saya mendekati pembangunan sistem.

Teknologi bukan sekadar mempercepatkan kerja. Ia mengubah cara saya berfikir.

Dan bagi saya, itulah nilai sebenar AINNA NeuralOps.

#AINNANeuralOps #AgenticAI #SoftwareEngineering #DigitalTransformation #MultiAgentAI

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Kavitha India

सेव कर लिया, ख़ासकर 20 की वजह से।

Arjun India

Whoever wrote this actually did the work on untuk tentukan sama ada satu.

Julin Kadazan, Malaysia

Solid take on kadang-kadang berminggu overall.

NeuralOps & System Architecture

Article image
SmartCity AI-powered smart city infrastructure & operations 24 domains → one intelligent operating layer Explore →
IC DesignOps Repeatability, traceability & verification intelligence 21 detached services → 85% without LLM Explore →
SME AI Build AI capability inside your own SME 6 build tracks → in-house capability Explore →
NeuralOps Managed infrastructure for SMEs, without enterprise overhead From RM499/year · scoped after assessment Explore plans →
AINNA Ecosystem

Keep exploring after this article.

Every article page should end with a clear path into the wider AINNA, Agent, and NeuralOps ecosystem.

Current topic NeuralOps & System Architecture Author profile Hakam AINNA Main ecosystem hub Agent Private autonomous agent hub NeuralOps AI automation and business systems Lead form Start a pilot discussion
AINNA Agent AI

Deploy Our AINNA AI Agent

Linux is the core path, Windows is supported, and Android / Termux works as the companion layer.

472 installs
Linux / macOS curl -fsSL https://ainna.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
CLICK ME

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.