Beberapa tahun lalu, kalau nak urus Product Listing Title and Description Management System untuk skala 80,000 SKU, kita perlu sediakan modal besar, pasukan teknikal khas, koordinasi berbulan-bulan, dan infrastruktur berprestasi tinggi untuk proses data, pengendalian imej, penjanaan SEO, validasi, dan pemantauan sistem.
Hari ini, AI agent sedang mengubah model operasi e-dagang kami di AINNA.
Sistem ini dibangunkan atas VPS ringan dengan hanya 2GB RAM dan 2-core CPU. Berbanding bergantung kepada pasukan pembangunan besar, satu AI agent menyelaras keseluruhan proses operasi, disokong oleh kemahiran modular, subagent yang berjalan secara selari, dan perkhidmatan cloud AI hanya apabila diperlukan.
AI agent ini bukan sekadar menjana tajuk dan huraian produk. Ia membantu menganalisis keperluan marketplace, menulis kod workflow, menguji proses kerja, mengesahkan output, mengesan kesilapan, memantau infrastruktur, dan sentiasa menambah baik arkitektur sistem sambil operasi listing masih berjalan.
Objektifnya ialah mengautomasikan pengurusan sehingga 80,000 product listing dalam tempoh 30 hari melalui workflow berasaskan batch. Setiap kemampuan dibina sebagai skill bebas yang boleh berkembang tanpa mengganggu bahagian lain platform.
Kemampuan operasi sedia ada termasuk:
Bulk Import Engine
Product Title Generator
Product Description Generator
Image Optimizer
Duplicate Detector
Category Auto-Tagger
SEO Batch Generator
VPS Monitor
Queue Router
Subagent Executor
Internal skills untuk validasi, pemulihan, routing, dan kawalan automasi
Apa yang paling menarik perhatian saya bukanlah teknologi itu sendiri, tetapi prinsip operasi di sebaliknya.
Selama ini, kita fikir nak selesaikan masalah skala besar memerlukan pasukan besar, bajet besar, dan infrastruktur lebih berkuasa. AI agent mencabar andaian itu. Dengan memecahkan masalah kompleks kepada banyak tugas kecil dan khusus, sistem yang sederhana pun boleh capai hasil yang dahulu memerlukan satu jabatan penuh.
Prinsip yang sama juga berlaku di luar pembangunan perisian. Dalam operasi e-dagang, kemajuan jarang datang daripada cuba buat segala-galanya serentak. Ia datang daripada memecahkan kompleksiti kepada bahagian yang boleh diurus, menambah baik setiap bahagian secara berterusan, dan membiarkan penambahbaikan kecil berganda-ganda dari masa ke masa.
Teknologi berubah dengan pantas, tetapi prinsip itu kekal relevan.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen baharu dihantar untuk semakan terlebih dahulu. Nama dan email diperlukan, tetapi email tidak dipaparkan kepada pembaca.
First piece I have read that treats disokong oleh kemahiran modular, subagent honestly.
Berbanding bergantung kepada pasukan - that is the whole thing in one line.
Malinaw ang paliwanag tungkol sa 80,000 at madaling sundan. Kailangan ko pang pag-isipan ang bahaging ito.
أتفق بشأن 80,000، لكن التنفيذ صعب.
Good write-up. kita perlu sediakan modal besar alone was worth the read.
Bookmarked, mostly for listing dalam tempoh 30.
Short and clear. dan pemantauan sistem.Hari ini, AI is worth sending to my team.
Angka tentang 80,000 lebih masuk akal daripada kebanyakan pos.
Tak berapa setuju dengan 80,000, tapi selebihnya ok.
Already sent this to two people. pengendalian imej, penjanaan SEO, validasi is why. Worth reading twice.
Honestly satu AI agent menyelaras keseluruhan caught me off guard.
The framing around dan perkhidmatan cloud AI hanya is better than I expected.
I do not fully buy dan infrastruktur berprestasi tinggi untuk yet, but it is a fair argument. Need to read this part again.
Whoever wrote this actually did the work on ringan dengan hanya 2GB.