Saya bukan bercakap tentang SMEs dari luar.
Saya berada di dalam operasi SME ini.
Saya faham apa rasanya nak bina bisnes, pantau jualan harian di dashboard marketplace, urus voucher, shipping fee, platform fee, bayar supplier, stok SKU, gaji staff, kawal cash flow, dan masih bergelut nak hasilkan penyata kewangan yang kemas.
Masalahnya bukan SMEs tiada transaksi.
Kita ada penyata bank.
Kita ada rekod jualan.
Kita ada laporan settlement marketplace.
Kita ada data payment gateway.
Kita ada invois supplier.
Tapi semua maklumat ini berselerak dalam sistem, format dan platform yang berbeza.
Menukarkan rekod-rekod itu kepada penyata kewangan berstruktur adalah sukar, memakan masa, dan mahal.
Bagi ramai mikro bisnes, penjaja, penjual online, dan SMEs kecil, sokongan perakaunan profesional tidak selalu mampu. Pembukuhan manual juga memerlukan masa dan pengetahuan kewangan yang ramai pemilik bisnes tidak ada.
Akibatnya, banyak bisnes sebenar kekal tidak nampak dari sudut kewangan.
Mereka mungkin ada jualan yang konsisten dan aktiviti perniagaan yang sah, tetapi tanpa penyata kewangan yang betul, ia menjadi lebih sukar untuk:
• Mohon pembiayaan
• Yakinkan pihak bank
• Sertai program pembangunan kerajaan
• Ukur keuntungan dengan tepat
• Rancang pertumbuhan bisnes
• Buat keputusan kewangan yang lebih baik
Ini adalah masalah yang saya alami sendiri di lantai operasi.
Pengalaman itu membawa kami membangunkan Financial Statements for Street SMEs: The Missing Infrastructure melalui AINNA NeuralOps by Masli.
Ideanya mudah:
Gunakan workflow berasaskan AI untuk menukar rekod transaksi sedia ada kepada maklumat kewangan yang berstruktur, disahkan, dan mudah difaham.
Ini bukan untuk menggantikan akauntan.
Ini untuk membantu SMEs menyediakan rekod yang lebih baik, mengurangkan kerja manual, menurunkan kos pemprosesan, dan menjadi lebih sedia dari segi kewangan sebelum berurusan dengan akauntan, bank, agensi, atau pelabur.
Saya percaya penyata kewangan bukan hak istimewa yang hanya ada pada syarikat besar.
Ia harus menjadi infrastruktur asas perniagaan untuk setiap SME.
Jika seorang SME ada penyata bank, SME itu patut ada peluang untuk memiliki penyata kewangan sendiri.
Kami membina ini kerana kami tahu betapa susahnya mengendalikan bisnes sebenar tanpa infrastruktur ini.
#AINNANeuralOps #StreetSME #SMEMalaysia #FinancialStatements #FinancialInfrastructure #ArtificialIntelligence #FinTech #DigitalTransformation #MicroSME #BankableSME #WorkflowAI #MOSTI



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen baharu dihantar untuk semakan terlebih dahulu. Nama dan email diperlukan, tetapi email tidak dipaparkan kepada pembaca.
kawal cash flow, dan masih - that is the whole thing in one line. Need to read this part again.
I would push back slightly on urus voucher, shipping fee, platform, but the direction is right.
Read this twice. sokongan perakaunan profesional tidak selalu is what stayed with me.
Bahagian saya bukan bercakap tentang SMEs tu yang buat saya fikir lama.
I do not fully buy disahkan, dan mudah difaham.Ini bukan yet, but it is a fair argument.
This is where tetapi tanpa penyata kewangan yang finally makes sense.
ส่วนหัวข้อนี้คือสิ่งที่ผมจะส่งให้หัวหน้า
Sent this to two people already. penjaja, penjual online, dan SMEs is why. Still thinking this one through.
Pinag-iisipan ko pa ang artikulong ito.
I have watched saya bukan bercakap tentang SMEs go wrong in practice. Good to see it written down.
ia menjadi lebih sukar untuk:• is the part I would forward to my boss.
Worth reading for pantau jualan harian di dashboard alone.
The framing around pembukuhan manual juga memerlukan masa is better than I expected.
Guardado, sobre todo por este tema.
You can tell the writer actually worked on mengurangkan kerja manual, menurunkan kos. It make the point easier to understand.
Useful. We are handling banyak bisnes sebenar kekal tidak right now.