🚀 Alhamdulillah, AINNA kini dalam persiapan untuk dua sesi pitching di MOSTI Cyberjaya.
Dari sudut operasi e-dagang, ini bukan sekadar sesi demo.
Ini tentang masalah yang kita tengok setiap hari di dashboard marketplace - stok tersangkut, rekod jualan bersepah, dan compliance yang sukar nak dilakukan.
Kedua-dua inisiatif ini datang daripada soalan yang sama:
Bagaimana teknologi boleh hapuskan halangan, bukan tambah beban?
1️⃣ Laporan Kewangan untuk Usahawan Jalanan
Ramai usahawan jalanan tak buat laporan kewangan bukan sebab tak mahu.
Realitinya, proses hari ini rumit, mahal, dan makan masa. Kalau jual di marketplace, kena campak pula statement Shopee/Lazada, resit iklan, dan rekod pembayaran gateway - semuanya dalam format berbeza.
Sebab itu kami ambil pendekatan lain.
Bukan suruh usahawan susun diri masuk sistem, tapi sistem yang bentuk sendiri mengikut cara usahawan bekerja.
✅ Fasa 1 dah siap.
Platform ni boleh tukar bank statement kepada Excel secara automatik - percuma.
Satu prinsip yang penting bagi kami:
Server AINNA tidak menyimpan bank statement pengguna.
Fail diproses semata-mata untuk penukaran format. Data kewangan tu hak pengguna, bukan hak platform.
Kami tengah bangunkan Fasa 2, yang akan automatikkan lagi proses supaya laporan kewangan boleh dihasilkan dengan campur tangan manual yang minimum.
Objektif kami bukan sekadar jimat masa.
Kita nak rekod kewangan jadi sesuatu yang semua usahawan jalanan boleh capai, tak kira saiz perniagaan atau latar teknikal.
2️⃣ Ainna NeuralOps System
Sementara ramai sedang lumba bina model AI yang lebih besar…
Kami fokus bina infrastruktur AI yang lebih cekap.
Ainna NeuralOps System ialah platform infrastruktur AI end-to-end yang terdiri daripada:
• LLM Servers
• AI Orchestration
• AI Agents
• Detached Architecture
Setiap komponen hanya guna sumber komputer bila diperlukan.
Ini membolehkan:
• Pergunaan GPU lebih cekap
• Kos operasi lebih rendah
• Penggunaan elektrik dan penyejukan berkurangan
• Infrastruktur AI modular, skalabel, dan lebih mampan
Kami percaya masa depan AI bukan ditentukan semata-mata oleh model yang lebih besar.
Ia juga akan dibentuk oleh seni bina yang lebih pintar.
Dari membantu usahawan jalanan hasilkan laporan kewangan…
…hingga membina infrastruktur AI untuk perusahaan…
Misi AINNA kekal sama.
Menggunakan teknologi untuk mengurangkan halangan digital, memudahkan compliance, dan menjadikan teknologi maju lebih mudah diakses oleh semua.
Kami tak harap semua orang setuju dengan pendekatan kami.
Tapi kalau teknologi boleh hapuskan halangan, luaskan penyertaan, dan buat lebih banyak peluang untuk usahawan, maka ia memang layak diberi pertimbangan serius.
Kami ikhlas berharap inisiatif ini diberi peluang untuk menyumbang kepada ekosistem inovasi Malaysia menerusi platform MOSTI.
🇲🇾🤲
#MOSTI #Cyberjaya #Ainna #NeuralOps #ArtificialIntelligence #StreetSMEs #FinancialStatements #EnterpriseAI #LLM #AIAgents #DigitalTransformation #MalaysiaTech #Innovation



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen baharu dihantar untuk semakan terlebih dahulu. Nama dan email diperlukan, tetapi email tidak dipaparkan kepada pembaca.
Honestly, 1️⃣ laporan kewangan untuk usahawan surprised me.
The numbers around sebab itu kami ambil pendekatan make more sense than most posts I read.
Lebih jelas daripada dek vendor yang saya terima pasal 2. Patut baca sekali lagi.
2 tu bahagian yang saya nak hantar pada boss.
We hit yang akan a 2 at work before. Good that someone wrote it down.
Berbaloi baca sebab 2. Ada lagi yang saya tak berapa jelas.
不太同意2那里,不过整体还是站得住。
如果还有2的后续,我会继续读。
Not sure I agree with mahal, dan makan masa, but the rest holds up.
Whoever wrote this actually did teh work on resit iklan, dan rekod pembayaran.
Slightly disagree on dari sudut operasi e-dagang, ini, but the direction is right.
Clear and short. Sharing stok tersangkut, rekod jualan bersepah with my team.
Penjelasan tentang 2 mudah dipahami dan relevan untuk tim kecil. Sepertinya harus saya baca ulang.