Pengalaman saya mengurus operasi e-commerce, stok, dan marketplace selama lebih 10 tahun bukan lagi jaminan. Ironinya, saya berada dalam pasukan yang menggunakan teknologi yang mengubah cara kerja ini.
Selama beberapa dekad, perniagaan bergantung pada programmer, vendor IT, dan pasukan khusus untuk bina sistem. Dalam e-commerce, nak sambungkan stok, order, dan laporan marketplace pun boleh makan ratusan ribu ringgit dan ambil masa berbulan-bulan.
Kami sedang ubah itu.
Di AINNA NeuralOps, kami bukan AI trainer, konsultan, atau penyedia servis AI biasa.
Kami bina AI Agents dan infrastruktur teknologi sendiri yang membolehkan SME bangunkan sistem perniagaan tersuai hanya dengan berkomunikasi dalam bahasa natural.
Alhamdulillah, dua produk kami telah menerima pengiktirafan TRL 9 daripada MOSTI, tahap tertinggi dalam skala Technology Readiness Level yang berasal dari NASA.
Satu ialah AI Agent proprietari kami, AINNA NeuralOps.
Kedua ialah sistem pengurusan kewangan yang dibangunkan menggunakan NeuralOps oleh staf kewangan kami yang baru graduasi, tanpa pengalaman kerja dan tanpa latar belakang pengaturcaraan.
Fikirkan sejenak.
Seseorang tanpa pengetahuan pengaturcaraan kini boleh bina software perniagaan yang berfungsi menggunakan kepakaran domain mereka sendiri.
Tiada pasukan pembangunan yang mahal. Tiada pengetahuan coding yang rumit. Tiada kebergantungan tidak perlu pada vendor luar.
Matlamat kami ialah menjadikan keupayaan pembangunan bertaraf enterprise boleh diakses oleh SME sekecil-kecilnya, pada sebahagian kecil kos tradisional.
Kami sedang membina infrastruktur AI berskala yang direka untuk menyokong perniagaan merentas pelbagai industri dan pasaran.
Masa depan pembangunan software bukan tentang tahu coding. Ia tentang tahu apa yang nak dibina.
Dan itulah yang AINNA NeuralOps sedang realisasikan.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
Baru kali ini ada yang bahas 10 dengan jujur.
Worth reading for kami bina AI agents dan alone.
This is where satu ialah AI Agent proprietari finally makes sense.