Tapi pengalaman saya di lapangan sangat berbeza.
Dalam tempoh empat bulan lepas, saya jalankan OpenClaw pada setup yang paling ringkas: VPS murah dengan 2GB RAM, tanpa GPU, dan Ollama di atas langganan bajet. Bukan persekitaran enterprise. Bukan juga setup luar biasa.
Tapi dengan setup tu je, saya dah berjaya bina dan deploy lebih kurang 20 detached systems, bangunkan satu persekitaran e-commerce penuh yang urus lebih 80,000 SKU, buat landing page beranimasi, automasikan penghasilan artikel produk, dan sambungkan proses pembayaran melalui workflow berasaskan API macam platform pembayaran moden.
Kuncinya? Smart Routing dan Detached Systems.
Smart Routing ni hantar setiap tugas ke model, tool, atau workflow yang sesuai, tanpa paksa satu model besar buat semua benda. Tugas mudah kekal ringan. Tugas kompleks baru dapat perhatian lebih bila perlu sahaja.
Detached Systems ni lagi kritikal. Bukan agent AI kena jaga dan jalankan semua benda 24/7, tapi dia bina sistem bebas yang boleh beroperasi sendiri. Di situlah nilai bisnes sebenar mula terbentuk.
Apa yang saya perhatikan: cabaran sebenar jarang datang dari tool itu sendiri. Cabaran lebih besar ialah memahami cara urus agent behaviour, system architecture, workflow, dan jangkaan pengguna.
OpenClaw tak sempurna. Mana-mana platform pun sama.
Tapi selepas empat bulan bina sistem sebenar guna hardware minimum, saya boleh kata dengan yakin: nilai bisnes tu wujud bila platform ini dianggap sebagai tool pembangunan serius, bukan sekadar benda baru nak cuba-cuba.
Teknologi tu sama untuk semua orang.
Tapi hasilnya, tak semua sama.