July 14, 2026 · 2 min read

Data Bank Anda Patut Membantu Operasi, Bukan Memberatkan

👁 110 views
Data Bank Anda Patut Membantu Operasi, Bukan Memberatkan

Article by Muhammad Firdaus Bin Nordin

Saya kerap jumpa SME di Malaysia yang dah beroperasi bertahun-tahun, tapi data kewangan berharga mereka masih terperangkap dalam penyata bank. Format dan susunan berbeza mengikut bank - tarikh di lajur lain, penerangan tak konsisten. Bila nak semak atau reconcile, pekerja kena buka file satu-satu, copy-paste, dan format manual. Ini bukan sahaja makan masa, tapi juga senang tersilap.

Di AINNA, kami faham kerja-kerja ni berlaku setiap hari di lapangan. Sebab tu kami bina Bank Recompiler - alat yang menukar penyata bank daripada pelbagai bank menjadi satu format standard dan tersusun. Lepas ni, proses review, kategorikan transaksi, reconcile, dan sediakan laporan jadi lebih pantas dan kemas.

Perkhidmatan ini kami sediakan percuma selama-lamanya untuk SME. File yang diupload hanya diproses untuk recompilation dan sistem kami tidak menyimpannya.

Dari sudut operasi, ketepatan data adalah mati-matian. Engine parsing Bank Recompiler tidak menggunakan AI. Ia menggunakan deterministic, rule-based parsing, jadi ia tidak akan generate, teka, atau halusinasi data transaksi. Setiap angka yang keluar mesti berasal terus daripada penyata bank asal anda.

AI memang ada kegunaannya, tetapi untuk data kewangan, kita tidak boleh biarkan angka diada-adakan atau disimpulkan. Dalam kerja harian SME, ketepatan, kebolehkesanan, privasi, dan kebolehulangan proses lebih penting berbanding sekadar letak label AI.

Anda boleh akses Bank Recompiler di sini:

https://neuralops.bond/bank-recompiler/
https://ainna.bond/bank-recompiler/

Percuma selamanya. Tiada storan data. Tiada AI-generated transaction data. Dibina untuk membantu SME mengurus data kewangan dengan lebih efektif.

#SME #FinTech #BankRecompiler #BankStatement #DataParsing #FinancialData #BusinessAutomation #DataPrivacy #RuleBasedSystems #NeuralOps #AINNA
Explore AINNA NeuralOps
🔐 NeuralOps Platform 🛠️ AI Agent Builder ⚡ Detached Systems 🧠 LLM Hub
Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin handles Operations & Business Development at AINNA.

View profile →
Share this article
Article image
AINNA

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.

AINNA NeuralOps System