July 14, 2026 · 3 min read

Laluan AI Praktikal untuk Pematuhan Cukai PKS

👁 135 views
Laluan AI Praktikal untuk Pematuhan Cukai PKS

Article by Muhammad Firdaus Bin Nordin

Setiap tahun, pemilik PKS kecil selalu tanya soalan yang sama: “Macam mana nak hantar akaun perniagaan saya?” Dalam era digitalisasi ini, ramai PKS kecil sudah jualan dalam talian, terima bayaran secara digital, dan jalankan perniagaan yang sebenar. Tapi ironinya, ramai daripada mereka masih tak ada sistem perakaunan yang betul. Rekod perniagaan yang paling konsisten seringkali hanya penyata bank.

Jawapan yang biasa diberi selalu sama: “Awak kena guna sistem perakaunan.” Secara teknikal, jawapan itu betul, tapi ia tak selesaikan masalah sebenar. Banyak perniagaan kecil dah beroperasi bertahun-tahun tanpa sistem, dan mereka masih sibuk jual, beli stok, bayar pembekal, urus refund, jaga aliran tunai, dan selesaikan masalah harian perniagaan.

Jadi bila jawapan tak pernah berubah, keputusan pun takkan berubah. Ramai daripada mereka tak hantar langsung. Bukan sebab enggan patuh, tapi beban kerja klerikal terlalu berat. Mereka bukan sahaja bergelut dengan kertas kerja, tapi juga dengan survival, aliran tunai, jualan, operasi, pekerja, platform, pembekal, dan tekanan harian.

Di sinilah saya nampak AI boleh main peranan yang sangat praktikal untuk PKS. Bukan butang ajaib, bukan pengganti akauntan, dan bukan jalan pintas untuk elak pematuhan yang wajar. AI patut jadi jambatan antara rekod berasaskan penyata bank yang berselerak dan data kewangan yang berstruktur, boleh disemak, dan sedia untuk akauntan.

Dalam salah satu projek dalaman kami di AINNA, saya tengok macam mana AI boleh bantu persediaan kewangan menggunakan pendekatan sistem detached:

Perkara pentingnya, workflow AI macam ini tak semestinya perlukan model premium, infrastruktur mahal, atau sistem yang jalan 24 jam sehari. Dengan sistem detached, proses hanya berjalan bila diperlukan, dan model AI dipanggil mengikut tugas tertentu. Ini menjadikannya lebih jimat kos, lebih terkawal, dan lebih realistik untuk PKS kecil.

Dengan pendekatan ini, lebih ramai PKS kecil mungkin akhirnya ada laluan realistik untuk isytihar perniagaan dengan betul, terutamanya jika laporan berasaskan tunai yang berstruktur, disediakan dari penyata bank, boleh diterima sebagai titik permulaan, disokong dengan semakan yang wajar. Pematuhan tak sepatutnya hanya direka untuk PKS yang dah ada sistem sempurna. Ia mesti juga wujudkan laluan praktikal untuk PKS yang masih bermula dari penyata bank. Bagi saya, ini peluang sebenar: guna sistem detached berbantu AI untuk bantu PKS jadi lebih teratur, lebih patuh, dan lebih yakin.

Explore AINNA NeuralOps
🔐 NeuralOps Platform 🛠️ AI Agent Builder ⚡ Detached Systems 🧠 LLM Hub
Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin handles Operations & Business Development at AINNA.

View profile →
Share this article
Article image
AINNA

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.

AINNA NeuralOps System