July 14, 2026 Β· 2 min read

AI Jangan Jadi Mainan Mahal Dalam Syarikat

πŸ‘ 105 views
AI Jangan Jadi Mainan Mahal Dalam Syarikat

Article by Muhammad Firdaus Bin Nordin

Bagi SME, nilai sebenar AI bukan sekadar ada akses kepada model paling berkuasa. Nilai sebenarnya ialah bila kita tahu model mana yang sesuai, bila nak guna, dan apa yang perlu berlaku selepas AI bagi jawapan.

Ini arah yang kami bawa melalui AINNA NeuralOps LLM Strategies. Pendekatan kami bersandikan tiga perkara praktikal yang saya tengok sendiri impaknya di lapangan:

Routing Pintar

Semua kerja tak perlu guna model premium. Kerja mudah, hantar ke model kecil, laju dan murah. Kerja kompleks, baru guna model besar bila benar-benar diperlukan. Di sinilah kos GPU dan masa proses boleh dikawal.

Sistem Berasing

AI membantu membina dan memperbaiki sistem, tapi operasi perniagaan sebenar mesti berjalan sendiri melalui seni bina perisian yang betul - database, queue, cron, worker, dashboard, dan kelulusan manusia. Jika AI bermasalah, sistem masih boleh terus beroperasi.

OpenClaw sebagai Pembina AI

Dalam Fasa 1 dan Fasa 2, OpenClaw bukan setakat autonomous agent. Ia bertindak sebagai pembina yang membantu mereka alur kerja, jana modul, baiki ralat sistem, dan tingkatkan proses perniagaan.

Matlamatnya Mudah

Beginilah SME boleh guna AI tanpa membazir GPU, kos, masa, atau kawalan.

Masa depan bukan tentang guna AI terbesar untuk segala-galanya. Masa depan milik perniagaan yang guna AI yang betul untuk kerja yang betul.

#AINNA #NeuralOps #LLM #SmartRouting #DetachedSystem #OpenClaw #AIInfrastructure #SMEAI #LocalAI #BusinessAutomation #MalaysiaAI #AIBuilder

Explore AINNA NeuralOps
πŸ” NeuralOps Platform πŸ› οΈ AI Agent Builder ⚑ Detached Systems 🧠 LLM Hub
Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin handles Operations & Business Development at AINNA.

View profile →
Share this article
Article image
AINNA
CLICK ME

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.

AINNA NeuralOps System