July 14, 2026 Β· 2 min read

AI Berkuasa, Tetapi Apa Kosnya di Peringkat Operasi?

πŸ‘ 74 views
AI Berkuasa, Tetapi Apa Kosnya di Peringkat Operasi?

Article by Muhammad Firdaus Bin Nordin

Sekarang ini semua orang bercakap tentang AI, tapi sedikit sahaja yang betul-betul menghitung kos operasinya - penggunaan elektrik, air, jejak karbon, dan kesan alam sekitar di kawasan sekitar pusat pelayan dan pusat data berskala besar.
Sebagai Operations & Business Development di AINNA, saya melihatnya dari sudut operasi harian: syarikat AI sedang berlumba-lumba membina pusat data yang lebih besar di kawasan kaya dengan bekalan elektrik, air, tanah, dan sumber asli. Ini memberi tekanan kepada ekosistem tempatan dan komuniti setempat, dan akhirnya menaikkan kos utiliti, alokasi sumber, serta risiko operasi untuk perniagaan yang bergantung pada infrastruktur tersebut.
Isu sebenarnya bukan pada AI itu sendiri. Isunya ialah bagaimana kita guna AI - sama ada dengan bijak, atau hanya kerana ikut trend. Terlalu ramai yang memilih model paling besar untuk tugas yang sebenarnya sudah mampu dilakukan oleh sistem yang lebih kecil, lebih pantas, dan lebih jimat.
Sebagai contoh dalam bidang bedah kardiothoraksik: seorang pakar bedah yang mahir tidak akan lakukan pembedahan jantung terbuka jika prosedur minimum invasif sudah memberi outcome yang sama. Begitu juga dalam operasi AI - kita pilih alat yang sesuai dengan masalah, bukan alat paling besar di pasaran.
Masa depan AI bukan tentang siapa yang menggunakan tenaga paling banyak. Ia tentang siapa yang boleh selesaikan masalah paling banyak dengan sumber paling sedikit dan kerosakan alam sekitar paling minimum. Di peringkat operasi, itu bermakna kecekapan, kawalan kos, dan kelestarian perniagaan.
Explore AINNA NeuralOps
πŸ” NeuralOps Platform πŸ› οΈ AI Agent Builder ⚑ Detached Systems 🧠 LLM Hub
Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin handles Operations & Business Development at AINNA.

View profile →
Share this article
Article image
AINNA

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.

AINNA NeuralOps System