Di lapangan, saya selalu berjumpa dengan pemilik perniagaan yang masih anggap pusat data macam gudah simpanan data - tempat untuk letak pangkalan data, backup, laman web dan pelayan. Tapi AI dah ubah perspektif tu. Hari ini, nilai strategik pusat data semakin bergantung pada keupayaan pemprosesan, bukan sekadar kapasiti simpanan.
Dari sudut operasi, AI inference, model serving, analitik, automasi, simulasi dan beban kerja agentic semua bergantung pada compute. Dalam konteks tu, pusat data moden perlu kita lihat sebagai infrastruktur pemprosesan digital.
Bitcoin boleh jadi analogi mudah yang saya selalu gunakan bila berbincang dengan klien. Nilainya bukan datang dari komputer yang sekadar menyimpan fail, tapi dari kerja pengkomputeran yang rangkaian tu lakukan. AI memang tujuan lain, tapi prinsip asasnya sama: kuasa pemprosesan ada nilai ekonomi.
Dan kuasa pemprosesan ni guna sumber tempatan yang betul-betul wujud - elektrik, penyejukan, GPU, rangkaian, tanah dan infrastruktur. Jadi soalan penting buat negara kita sekarang bukan lagi, “Berapa banyak data yang kita boleh simpan?” tapi juga, “Berapa banyak pengkomputeran yang kita boleh proses dan kawal sendiri?”
Sebagai orang yang berurusan dengan operasi dan perniagaan harian, saya rasa penggubal dasar perlu lebih berhati-hati bila menarik pelaburan pusat data berskala besar. Kemudahan ni telan sumber negara yang banyak, jadi faedahnya tak boleh setakat sewa tanah, kontrak pembinaan, pekerjaan atau jualan elektrik. Perlu ada peruntukan strategik kapasiti compute untuk negara sendiri.
Sebahagian daripada kapasiti compute tu perlu disalurkan untuk kukuhkan syarikat AI tempatan, universiti, SME, beban kerja kerajaan dan penyelidikan negara. Kalau tak, kita berisiko sediakan tanah, kuasa, penyejukan dan infrastruktur, tapi hasil pemprosesan yang paling bernilai tu digunakan untuk beban kerja luar.
Ini jugak yang kami usahakan di AINNA NeuralOps. Bagi kami, bukan isu besar sangat nak miliki storan. Yang lebih penting, akhirnya kita memiliki kuasa pemprosesan - keupayaan untuk jalankan AI agent, LLM tempatan, inference dan automasi perniagaan atas infrastruktur yang kita kawal. Cita-cita kami bukan untuk miliki lebih banyak storan. Cita-cita kami adalah untuk miliki kuasa pemprosesan di sebalik ekonomi AI.


