27 downloads

2024, 2025 dan 2026 - Tiga Tahun yang Sangat Mencabar, Tetapi Penuh Makna Bagi AINNA dan Pelanggan Kami✎ Edit

👁 722 views
2024, 2025 dan 2026 - Tiga Tahun yang Sangat Mencabar, Tetapi Penuh Makna Bagi AINNA dan Pelanggan Kami

Apabila kami memutuskan untuk memperluas perniagaan, saya tahu satu perkara yang tidak boleh dijadikan pilihan - kami mesti keluar dan hadir di lapangan. Hampir setiap minggu, perjalanan kami membawa ke Lembah Klang untuk bertemu pelanggan, rakan strategik dan menghadiri pelbagai program, perbincangan serta sesi berkaitan SME.

Ada kalanya dari pagi hingga petang. Ada juga 2 atau 3 hari berturut-turut.

KL, Subang, Shah Alam, Gombak, Bangi, USJ, Hartamas, MATRADE, MITI, PPAS, Sunway Resort, SME Corp, EXIM Bank dan pelbagai lokasi lagi.

Kalau kami tidak hadir, kami mungkin ketinggalan banyak maklumat penting, peluang kolaborasi, jaringan strategik dan perkembangan yang sedang membentuk landskap perniagaan Malaysia. Jadi walaupun penat, ini adalah komitmen yang mesti dilaksanakan.

Sepanjang tempoh ini, rasanya hampir semua jenis penginapan kami dah cuba - daripada hotel tanpa bintang sampailah hotel 5 bintang. Ada yang menggunakan perbelanjaan sendiri, ada juga yang ditanggung penganjur.

Kalau dikira, mungkin sudah beratus bilik hotel yang pernah kami diami. Homestay pun rasanya tak kurang daripada 20 tempat.

Tapi daripada semua cara saya pernah bermalam, yang paling saya suka sebenarnya… tidur dalam kereta.

Lokasinya pun macam-macam.

Pelbagai R&R, kawasan berhampiran tol plaza, tepi kedai mamak, tepi tasik, kawasan parking yang sesuai, malah pernah juga di Lorong Haji Taib, betul-betul bersebelahan balai polis.

Kadang-kadang sampai lewat malam, esok pagi pula ada program lain. Daripada cari hotel semata-mata untuk tidur beberapa jam, saya bentangkan tilam, susun bantal dan jadikan SUV sebagai bilik bergerak.

Tak pasti kenapa, setiap kali memilih untuk tidur dalam kereta, rasa terujanya lain macam.

Mungkin sebab saya memang sukakan aktiviti outdoor.

Saya bernasib baik menggunakan SUV diesel. Dari segi penggunaan bahan api, beza antara aircond dipasang atau tidak agak kecil. Untuk sekitar 8 jam, kos diesel biasanya tak sampai RM10.

Ruang kecil pula menyebabkan aircond cepat sejuk. Ada masanya sampai menggigil.

Tentulah tidur dalam kereta ada risikonya, terutama berkaitan pengudaraan dan exhaust. Sebab itu saya biasanya pastikan ada bukaan tingkap dan aliran udara yang mencukupi.

Tetapi bagi saya, pengalaman itu tetap mempunyai satu perasaan yang sukar diterangkan.

Mungkin kerana jiwa saya memang dekat dengan outdoor.

Aktiviti perkhemahan saya sendiri sudah melebihi 100 kali, termasuk pernah berkhemah di puncak gunung tanpa ada pendaki lain di kawasan tersebut.

Mungkin sebab itu, walaupun sudah pernah tidur di pelbagai hotel dan resort, apabila diberi pilihan…

tidur dalam kereta masih ada satu kepuasan yang hotel 5 bintang pun susah nak lawan.

Kadang-kadang dalam perjalanan membina sesuatu yang bermakna, kemewahan bukan perkara yang paling kita ingat.

Yang kita ingat ialah perjalanan, cabaran, tempat-tempat pelik yang pernah kita singgah, dan cerita yang datang bersamanya.

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Kavitha India

20 वाले हिस्से ने मुझे सोचने पर मजबूर किया।

Arjun India

saya tahu satu perkara yang is the part I would forward to my boss.

Julin Kadazan, Malaysia

This is where EXIM bank dan pelbagai lokasi finally clicks.

Ginsang Kadazan, Malaysia

Clear and short. Sharing melebihi 100 k 100 k with my team.

Dimas Indonesia

I read this twice. rakan strategik dan menghadiri pelbagai is the part that stuck.

Business & SMEs

Article image
BioResearch Microbiology & cancer disease research intelligence 6 inputs → traceable research priorities Explore →
IC DesignOps Repeatability, traceability & verification intelligence 21 detached services → 85% without LLM Explore →
Robotics Governed robotics at the industrial edge Perception → safety gateway → controller Explore →
SME AI Build AI capability inside your own SME 6 build tracks → in-house capability Explore →
AINNA Ecosystem

Keep exploring after this article.

Every article page should end with a clear path into the wider AINNA, Agent, and NeuralOps ecosystem.

Current topic Business & SMEs Author profile Rozni AINNA Main ecosystem hub Agent Private autonomous agent hub NeuralOps AI automation and business systems Lead form Start a pilot discussion
AINNA Agent AI

Deploy Our AINNA AI Agent

Linux is the core path, Windows is supported, and Android / Termux works as the companion layer.

14 downloads
Linux / macOS curl -fsSL https://ainna.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
CLICK ME

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.