2024, 2025 dan 2026 - Tiga Tahun Paling Mencabar dalam Perjalanan AINNA Memperkasakan SME Malaysia✎ Edit

👁 473 views
2024, 2025 dan 2026 — Tiga Tahun Paling Mencabar dalam Perjalanan AINNA Memperkasakan SME Malaysia

Menghidupkan visi AINNA dan memperluas jejak perkhidmatan kami memerlukan saya serta pasukan turun ke Lembah Klang hampir setiap minggu - menghadiri pelbagai program, perbincangan dan sesi yang membentuk halatuju perniagaan kami.

Ada kalanya dari pagi hingga petang. Ada juga yang melanjutkan 2 atau 3 hari berturut-turut.

KL, Subang, Shah Alam, Gombak, Bangi, USJ, Hartamas, MATRADE, MITI, PPAS, Sunway Resort, SME Corp, EXIM Bank dan banyak lagi destinasi.

Jika kami tidak hadir, kami mungkin ketinggalan maklumat penting, peluang bernilai, jaringan baharu dan arah tuju industri. Jadi, suka atau tidak, saya memilih untuk berada di sana - kerana tanggungjawab ini bukan untuk saya semata-mata, tetapi untuk komuniti SME Malaysia yang kami perkasakan.

Sepanjang tempoh ini, rasanya hampir setiap jenis penginapan sudah kami cuba - dari hotel tanpa bintang sehingga hotel 5 bintang. Ada yang ditanggung sendiri, ada pula yang dibiayai penganjur.

Jika dikira, mungkin sudah beratus-ratus bilik hotel yang pernah kami singgahi. Homestay pun rasanya tidak kurang daripada 20 tempat.

Tetapi dari semua cara pernah saya bermalam, yang paling saya gemari sebenarnya… tidur dalam kereta.

Lokasinya pun pelbagai.

Pelbagai R&R, kawasan berhampiran plaza tol, tepi kedai mamak, tepi tasik, kawasan letak kereta yang sesuai, malah pernah juga di Lorong Haji Taib, betul-betul bersebelahan balai polis.

Kadang-kadang tiba lewat malam, esok pagi pula ada program lain. Daripada membuang masa mencari hotel hanya untuk tidur beberapa jam, saya bentangkan tilam, susun bantal dan menjadikan SUV sebagai bilik bergerak.

Saya sendiri tidak pasti mengapa, setiap kali memilih untuk tidur dalam kereta, rasa terujanya lain daripada yang lain.

Mungkin kerana saya memang menyukai aktiviti outdoor.

Saya bernasib baik menggunakan SUV diesel. Dari segi penggunaan bahan api, beza antara air cond dihidupkan atau tidak agak kecil. Dalam tempoh kira-kira 8 jam, kos diesel biasanya tidak sampai RM10.

Ruang yang kecil pula menyebabkan air cond cepat sejuk. Ada kalanya sampai menggigil.

Tentu sahaja tidur dalam kereta ada risikonya, terutamanya berkaitan pengudaraan dan exhaust. Sebab itu, saya sentiasa memastikan ada bukaan tingkap dan aliran udara yang mencukupi.

Tetapi bagi saya, pengalaman itu tetap menyimpan satu perasaan yang sukar diterangkan.

Mungkin kerana jiwa saya memang dekat dengan alam terbuka.

Aktiviti perkhemahan saya sendiri sudah melebihi 100 kali, termasuk pernah berkhemah di puncak gunung tanpa seorang pendaki lain pun di kawasan tersebut.

Mungkin kerana itu, walaupun sudah pernah tidur di pelbagai hotel dan resort, apabila diberi pilihan…

tidur dalam kereta masih ada satu kepuasan yang sukar ditandingi oleh hotel 5 bintang sekalipun.

Kadang-kadang dalam perjalanan membina sesuatu yang besar, kemewahan bukanlah perkara yang paling kita ingat.

Yang kita ingat ialah perjalanan, cabaran, tempat-tempat pelik yang pernah kita singgahi, dan cerita-cerita yang membentuk semangat AINNA - untuk terus membawa AI kepada SME Malaysia, satu langkah demi satu langkah.

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Liza Philippines

Sa totoo lang, nakakagulat ang 20.

Omar United Arab Emirates

Useful. We are dealing with ada kalanya dari pagi hingga right now.

Layla Jordan

The bit about melebihi 100 kal 100 k is what I keep coming back to.

Kenji Japan

The numbers around tetapi untuk komuniti SME Malaysia make more sense than most posts I read.

Sofia Spain

The framing around ada juga yang melanjutkan 2 is better than I expected.

Business & SMEs

Article image
BioResearch Microbiology & cancer disease research intelligence 6 inputs → traceable research priorities Explore →
Edge AI IoT & embedded Linux intelligence at the edge 14 edge agents → offline-capable Explore →
SmartCity AI-powered smart city infrastructure & operations 24 domains → one intelligent operating layer Explore →
SME AI Build AI capability inside your own SME 6 build tracks → in-house capability Explore →
AINNA Ecosystem

Keep exploring after this article.

Every article page should end with a clear path into the wider AINNA, Agent, and NeuralOps ecosystem.

Current topic Business & SMEs Author profile Nurain AINNA Main ecosystem hub Agent Private autonomous agent hub NeuralOps AI automation and business systems Lead form Start a pilot discussion
AINNA Agent AI

Deploy Our AINNA AI Agent

Linux is the core path, Windows is supported, and Android / Termux works as the companion layer.

14 downloads
Linux / macOS curl -fsSL https://ainna.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
CLICK ME

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.