Dahulu, apabila pelanggan atau pasukan operasi meminta perubahan pada sistem atau proses kerja dalam mesyuarat, saya jarang memberi jawapan serta-merta.
Menentukan sama ada perubahan itu boleh dilaksanakan pun boleh mengambil masa sehari, kadang-kadang berminggu atau berbulan. Itu belum lagi kerja perancangan, penyelarasan dengan pasukan, ujian dan pengesahan sebelum ia benar-benar boleh digunakan.
Hari ini, saya melalui pengalaman yang cukup berbeza.
Dalam mesyuarat selama dua jam, seorang klien meminta lebih 20 perubahan besar pada sistem mereka. Ada keperluan yang langsung tidak termasuk dalam URS asal.
Jawapan saya untuk hampir setiap permintaan ialah, 'Ya, kita boleh laksanakan.'
Yang paling mengejutkan saya, lebih kurang 10% daripada perubahan itu sempat disiapkan dalam mesyuarat yang sama. Saya memberikan arahan terus kepada AINNA NeuralOps melalui WebCLI sambil meneruskan perbincangan dengan klien. Pada masa yang sama, saya susun keutamaan kerja dan pastikan skop yang berubah tidak mengganggu aliran operasi yang sedang berjalan.
Saya hadir tanpa pasukan teknikal saya. Kalau pasukan itu dibawa bersama, saya yakin kita boleh menyiapkan hampir 60% daripada perubahan yang diminta sebelum mesyuarat tamat.
Beginilah besarnya perubahan yang dibawa NeuralOps dalam cara saya bekerja.
Dengan multi-agent AI, Smart Routing dan aliran kerja pembangunan automatik, saya tidak lagi melihat permintaan baharu sebagai kerja yang mesti disusun jauh ke belakang. Saya boleh pecahkan permintaan kepada tugasan, susun keutamaan dan nilai impaknya terhadap perancangan produksi serta operasi lebih awal.
Walaupun berhadapan dengan klien yang banyak permintaan, saya rasa lebih yakin. Asalkan permintaan itu sah, selamat dan boleh dilaksanakan dari segi teknikal, saya percaya kita boleh cari jalan untuk menyelesaikannya.
Sudah tentu, berkata ya bukan bermakna semuanya boleh siap serta-merta. Masih ada pertimbangan teknikal, ujian, kebergantungan kerja dan tanggungjawab yang perlu dijaga.
Namun, sepanjang pengalaman saya menguruskan perancangan produksi dan operasi, ini antara perubahan terbesar yang saya rasakan dalam cara saya mendekati pelaksanaan kerja.
Teknologi ini bukan sekadar mempercepatkan kerja. Ia telah mengubah cara saya berfikir.
Dan bagi saya, itulah nilai sebenar AINNA NeuralOps.
#AINNANeuralOps #AgenticAI #SoftwareEngineering #DigitalTransformation #MultiAgentAI



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
Baru kali ini ada yang bahas 20 dengan jujur.
boleh menyiapkan hampir 60% - that is the whole thing in one line.
อธิบาย20ได้เข้าใจง่ายมาก
Clearer than the vendor decks I get about kadang-kadang berminggu atau berbulan.
The section on saya jarang memberi jawapan serta-merta is the strongest part for me.
Mas makatwiran ang mga numero tungkol sa 20 kaysa sa ibang nabasa ko.