← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Deep Tech itu Horizontal. SaaS itu Vertical. Dan saya rasa kita sedang masuk fasa di mana perbezaan ini akan mengubah cara teknologi dinilai.

Ramai orang masih melihat Deep Tech dari sudut hype. Tapi bagi saya, nilai sebenar selalu ada pada bahagian yang kurang menarik, iaitu arkitektur asas yang boleh menggerakkan ribuan aplikasi merentas industri.

Dalam sesi pitch terbaru kami, kami bentangkan 2 produk, kedua-duanya diiktiraf TRL9 oleh MOSTI. Kami letakkan Deep Tech kami sebagai komersial, manakala SaaS sebagai bukan komersial. Dan ya, itu memang disengajakan.

Dengan Agentic AI dan asas workflow yang betul, membina SaaS semakin murah, lebih cepat dan tidak lagi eksklusif kepada pakar perisian. Apa yang dulu perlukan satu pasukan pembangunan penuh mungkin tidak lama lagi boleh dibuat oleh beberapa orang dengan teknologi yang betul.

Jadi ini soalan yang agak tidak selesa. Adakah kita masih menilai SaaS berdasarkan betapa sukarnya ia dibina, sedangkan kesukaran itu sendiri sedang hilang?

Saya tidak kata SaaS akan mati. Tapi kelebihan bersaingnya mungkin makin sukar dipertahankan apabila penciptaan perisian bukan lagi penghalang.

Mungkin peluang yang lebih besar bukan memiliki satu produk SaaS, tetapi memiliki arkitektur Deep Tech yang membolehkan ribuan produk SaaS dibina.

SaaS boleh direplikasi. Deep Tech yang menjadikan replikasi itu mungkin.

Dari sudut operasi, itulah cara saya nampak benda ni.

#DeepTech #SaaS #AgenticAI #TechnologyInvestment #AINNA

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.