← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Pada 2003, saya ke Dresden, Jerman, untuk belajar daripada seorang jurutera tahap PhD. Dalam R&D, saya biasa nilai sistem dari segi input, proses dan output; pengalaman ini mengubah cara saya menilai keupayaan teknikal dalam organisasi kejuruteraan.

Di antara kami ada seorang lagi jurutera yang bertindak sebagai penterjemah. Bahasa Inggeris mentor saya tidak lancar; dalam bahasa ibundanya pun dia tersekat-sekat dan bergelut untuk menyusun ayat.

Saya masih ingat seorang influencer Malaysia, bekas pegawai tinggi kerajaan, pernah berkata bahawa jika calon tersekat-sekat semasa temuduga, dia akan tolak terus tanpa menilai keupayaan calon itu.

Ikut piawaian itu, mentor saya mungkin hanya layak diambil bekerja sebagai pekerja pembersihan di Malaysia.

Tetapi Alhamdulillah, mentor saya dilahirkan di Jerman.

Kesukaran komunikasi tidak menghalang penyelidikannya daripada diiktiraf dan diterima. Dalam R&D, bukti teknikal lebih jujur daripada retorik: sama ada sistem berfungsi, sama ada output boleh direplikasi, dan sama ada penyelesaian itu tahan uji.

Malah, hasil penyelidikannya membantu mencipta ribuan peluang pekerjaan, termasuk jawatan yang saya pegang ketika itu sebagai Micro-Electro-Mechanical Systems (MEMS) Design Engineer, mereka bentuk sensor mikroelektromekanikal.

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.