← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Pada 2003, saya ke Dresden, Jerman untuk belajar daripada seorang jurutera bertaraf PhD.

Ada seorang lagi jurutera di antara kami yang bertindak sebagai penterjemah. Bahasa Inggeris mentor saya lemah, dan walaupun bercakap dalam bahasa ibundanya, dia tersekat-sekat dan gagap untuk menyatakan maksud.

Saya ingat seorang influencer Malaysia yang terkenal, bekas pegawai tinggi kerajaan, pernah berkata jika calon gagap semasa temuduga, dia akan terus menolak calon itu tanpa menilai kebolehan mereka.

Ikut piawaian itu, mentor saya mungkin dianggap layak hanya untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan di Malaysia.

Tetapi Alhamdulillah, mentor saya lahir di Jerman.

Kesukaran komunikasi beliau tidak menghalang penyelidikan beliau daripada diiktiraf dan diterima.

Malah, penyelidikan beliau membantu mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, termasuk jawatan yang saya pegang ketika itu sebagai Jurutera Reka Bentuk Micro-Electro-Mechanical Systems (MEMS), mereka bentuk sensor mikroelektromekanikal.

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.