← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Semalam, saya habiskan sehari penuh dalam sesi kickoff dengan salah sebuah agensi negeri.

Apa yang mula sebagai projek sistem biasa kini sudah ambil arah yang jauh berbeza.

Bukan sekadar hantar software siap, sistem itu akan ada AI agent hidup di dalamnya. Ia beroperasi dalam workflow yang ditetapkan, permission, guardrail dan kawalan kill-switch.

Yang paling menarik bagi saya ialah tahap penerimaan ketika ini.

Dulu, nak dapat akses VM dalam sesetengah organisasi — walaupun untuk aplikasi kecil yang isolated — boleh jadi sangat susah.

Hari ini, ada yang sudah terbuka untuk benarkan AI agent hidup beroperasi dengan hak sudoer. Dalam kes yang dikawal ketat, malah full root access dalam VM yang terasing.

Itu satu perubahan besar.

Ia menunjukkan perbualan sudah melepasi soal sama ada AI cukup berkemampuan. Soalan sebenar sekarang ialah kepercayaan, kawalan, keselamatan dan sejauh mana AI boleh beroperasi dengan selamat dalam infrastruktur organisasi sebenar.

Bila kepercayaan itu sudah terbentuk, AI berhenti jadi sekadar aplikasi lain.

Ia jadi sebahagian daripada lapisan operasi.

Di AINNA, visi kami memang jelas: suntik Agent AI dan LLM intelligence layer kami sendiri ke dalam setiap sistem klien. Setiap deployment jadi aset adaptif yang berkembang dari segi keupayaan dan nilai dari semasa ke semasa.

#AgentAI #AIInfrastructure #EnterpriseAI #AIAutomation #LLM #DigitalTransformation #AIEngineering

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.