← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Kalau pasukan AI anda sudah tersentuh had model premium sebelum masuk hari ke-7, percayalah — itu bukan sekadar masalah token.

Itu masalah unit economics dan arkitektur.

Bila klien saya kongsi situasi ini, saya tak terus tanya model mana yang mereka guna. Saya tanya: berapa lama lagi bisnes anda mampu tanggung kos ini?

Di AINNA, ChatGPT Pro + Ollama jadi kombinasi yang paling praktikal untuk kami. Kami guna model optimum seperti Luna dan DeepSeek V4.1 secara agresif untuk development, distillation dan membina detached systems — manakala model yang lebih tinggi masuk hanya untuk final audit, validation dan memberi arahan.

Dalam masa sebulan sahaja, kami bina 25 detached systems, hampir separuh sudah dalam bentuk app, dan progres development kami kini lebih kurang 3× lebih pantas.

Kami juga bina AI agent dengan keupayaan smart routing, serta web-based CLI dan Telegram protocol kami sendiri.

Jumlah kos operasi AI? Dalam lingkungan RM200/bulan sahaja.

Dan bukan untuk development sahaja. Pasukan kami guna stack yang sama untuk kerja harian, termasuk menjana ribuan imej setiap minggu.

Jadi bahagian yang paling menarik bukan sekadar kos AI yang lebih rendah.

Yang menarik ialah apa yang berlaku apabila model routing, internal agents dan detached systems mula menjadi infrastruktur anda sendiri — bukan lagi bergantung pada satu model mahal untuk semua perkara.

Klien saya pun dah tak risau pasal token lagi. GPU pula yang fed up tengok kami. He he he.

Guna model yang betul untuk kerja yang betul. Simpan model paling kuat untuk audit dan hala tuju, dan jadikan kecerdasan yang berulang sebagai infrastruktur yang anda miliki sendiri.

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.