← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Dalam operasi e-commerce harian di AINNA, saya selalu nampak corak yang sama: kalau team AI kita dah kena had model premium sebelum hari ke-7, itu bukan sekadar masalah token.

Itu masalah unit economics dan architecture.

Mungkin sudah tiba masa kita re-look balik strategi model kita.

Bagi kami, ChatGPT Pro + Ollama jadi kombinasi paling praktikal. Kami guna habis-habisan model optimum macam Luna dan DeepSeek V4.1 untuk development, distillation dan bina detached systems — manakala model yang lebih tinggi masuk hanya untuk final audit, validation dan bagi arahan.

Dalam sebulan saja, kami siapkan 25 detached systems, hampir separuh dah jadi app-based, dan progress development kami kini lebih kurang 3× lebih laju.

Kami juga bina AI agent sendiri dengan keupayaan smart routing, plus web-based CLI dan Telegram protocol.

Total kos operasi AI? Dalam RM200/bulan sahaja.

Dan bukan development saja. Staff kami guna stack yang sama untuk kerja harian — termasuk generate ribuan imej setiap minggu untuk listing, banner dan creative kempen.

Jadi yang menarik bukan sekadar kos AI yang lebih rendah.

Tapi apa yang terjadi bila model routing, internal agents dan detached systems mula jadi infrastruktur kita sendiri — bukan lagi bergantung pada satu model mahal untuk semua benda.

Mungkin token tak penat lagi. GPU pula yang fed up tengok kami. He he he.

Guna model yang betul untuk kerja yang betul. Simpan model paling kuat untuk audit dan hala tuju, dan jadikan intelligence yang berulang sebagai infrastruktur yang kita miliki sendiri.

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.