← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Alhamdulillah, pada usia 50 tahun, saya dan isteri masih dikurniakan kesihatan, tenaga dan peluang untuk terus meneroka dunia serta mencabar diri bersama-sama.

Kalau saya lihat dari sudut logistik, setiap ekspedisi ini bukan sekadar perjalanan — ia satu operasi yang perlu dirancang rapi: bajet berat, bekalan makanan, lapisan pakaian, alat komunikasi, dan pelan kontingensi jika cuaca berubah. Antara yang pernah kami lalui setakat ini:

• Pergunungan China Utara, suhu sekitar -25°C
• Pakistan Utara, melalui kawasan yang mencabar dan tidak menentu
• Ekspedisi ke gunung berapi aktif tertinggi di Asia Tenggara

Dan InsyaAllah, cabaran seterusnya akan membawa kami lebih jauh — ke Banjaran Chersky di utara Rusia, di mana suhu boleh mencecah sekitar -50°C. Pada suhu sedemikian, setiap gram berat dan setiap butiran bekalan perlu dikira; tiada ruang untuk andaian, dan margin kesilapan sangat kecil.

Pada peringkat usia ini, matlamatnya bukan sekadar pergi lebih jauh, tetapi untuk terus mengukur sejauh mana kami mampu pergi bersama.

Alhamdulillah untuk setiap perjalanan, setiap cabaran dan setiap memori yang masih mampu kami cipta sebagai suami isteri.

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.