Sebagai pasukan Logistics Operations & R&D di AINNA, penambahan cawangan baharu bermakna rangkaian operasi kami semakin luas. Ini memerlukan kami turun ke Lembah Klang hampir setiap minggu untuk menghadiri program, perbincangan teknikal dan sesi penjajaran sistem.
Ada jadual dari pagi hingga petang. Ada juga siri 2 hingga 3 hari berturut-turut.
Senarai koordinat operasi merentasi KL, Subang, Shah Alam, Gombak, Bangi, USJ, Hartamas, MATRADE, MITI, PPAS, Sunway Resort, SME Corp, EXIM Bank dan pelbagai nod lagi.
Jika tidak turun, kami akan ketinggalan data pasaran, peluang kolaborasi dan perkembangan peraturan yang kritikal untuk operasi. Oleh itu, pergerakan ini adalah keperluan, bukan pilihan.
Sepanjang tempoh ini, kami telah menguji hampir semua kelas penginapan-daripada hotel tanpa bintang hingga hotel 5 bintang. Sebahagian ditanggung sendiri, sebahagian lagi ditanggung penganjur sebagai sebahagian daripada program.
Jika dihitung, jumlah bilik hotel yang pernah kami gunakan sudah mencecah ratusan. Homestay pula tidak kurang daripada 20 unit.
Tapi dari perspektif kecekapan operasi, kaedah bermalam yang paling optimum bagi saya ialah… modul tidur dalam kereta.
Lokasinya pelbagai.
Dari R&R, kawasan berhampiran plaza tol, tepi kedai mamak, tepi tasik, ruang letak kereta yang sesuai, malah pernah juga di Lorong Haji Taib, betul-betul bersebelahan balai polis.
Kadang-kadang ketibaan lewat malam diikuti sesi pagi esok. Daripada membuang masa mencari hotel hanya untuk tidur beberapa jam, saya bentangkan tilam, susun bantal dan jadikan SUV sebagai bilik bergerak.
Sukar diukur, tetapi setiap kali memilih modul tidur dalam kereta, rasa kepuasannya berbeza.
Barangkali kerana saya memang menikmati aktiviti outdoor dan penyesuaian sistem lapangan.
Saya menggunakan SUV diesel. Dari segi kecekapan bahan api, perbezaan antara aircond dihidupkan atau dimatikan agak kecil. Untuk kitaran tidur sekitar 8 jam, kos diesel biasanya tidak melebihi RM10.
Ruang kabin yang kecil membuatkan pendinginan lebih pantas. Ada kalanya suhu turun sehingga saya menggigil.
Sudah tentu tidur dalam kereta membawa risiko-terutama pengudaraan dan kebocoran exhaust. Sebab itu, protokol saya sentiasa mengekalkan celahan tingkap dan aliran udara yang mencukupi.
Tetapi bagi saya, kombinasi keselesaan mudah alih dan kawalan persekitaran itu memberi satu nilai yang sukar diterjemahkan dalam angka.
Barangkali kerana saya memang dekat dengan suasana lapangan dan outdoor.
Rekod perkhemahan peribadi saya sudah melebihi 100 kali, termasuk satu khemah di puncak gunung tanpa pendaki lain dalam radius tersebut.
Mungkin kerana itulah, walaupun sudah menguji pelbagai hotel dan resort, bila dinilai dari sudut operasi…
tidur dalam kereta masih menawarkan nisbah kepuasan/kos yang hotel 5 bintang pun sukar nak lawan.
Dalam pembinaan sistem operasi, kemewahan bukan metrik yang paling kita ingat.
Yang kekal ialah laluan, cabaran, koordinat pelik yang pernah kami singgah, dan cerita yang datang bersamanya.


