✏️ Edit

Cash First. Accrual Sebagai Destinasi.

👁 143 views
Cash First. Accrual Sebagai Destinasi.

Akhir-akhir ini, saya banyak berbual dengan founder dan pengusaha PKS e-dagang tentang P&L, Balance Sheet, dan kesiapsiagaan LHDN. Kebanyakan bersetuju laporan kewangan perlu diperkemas.

Tapi ramai PKS yang dah berniaga bertahun-tahun masih hanya ada satu rekod kewangan yang konsisten: marketplace payout report dan bank statement mereka.

Rekod debtor mungkin tak lengkap. Rekod creditor boleh hilang. Aset tetap dan inventori SKU pula jarang direkonsiliasi dengan betul.

Accrual accounting memang sasaran jangka panjang. Tapi untuk PKS yang tengah rebuild akaun, cash records - bermula dengan bank statement dan marketplace settlement - adalah titik mula paling praktikal.

Seorang founder e-dagang cerita, semasa audit LHDN, dia tidak dikenakan penalti semata-mata rekodnya belum fully accrual-based. Sebaliknya, beberapa perbelanjaan dinilai semula sebab klasifikasi atau tax treatment tak tepat.

Bezanya besar. Rekod kewangan tak lengkap bukan sama dengan sorok income atau elak cukai.

Perjalanan praktikal yang saya cadangkan: Bank Statement + Marketplace Settlement → Clean Cash Ledger → Cash-Based P&L → Accrual Adjustments → P&L + Balance Sheet. Di sinilah AI dan automation boleh bantu reconstruct data kewangan lebih cepat dan sistematik.

Prinsip saya: Cash First. Accrual as the Destination. Compliance Throughout. Teknologi sepatutnya bantu PKS bermula dengan apa yang dah ada - bank statement, marketplace payout, dan data SKU - dan bergerak secara progresif ke arah laporan kewangan yang lebih baik. #SME #Accounting #LHDN #AI #Automation #FinancialStatements #MalaysiaSME #NeuralOps

Business & SMEs

Article image
Edge AI IoT & embedded Linux intelligence at the edge 14 edge agents → offline-capable Explore →
SmartCity AI-powered smart city infrastructure & operations 24 domains → one intelligent operating layer Explore →
IC DesignOps Repeatability, traceability & verification intelligence 21 detached services → 85% without LLM Explore →
Robotics Governed robotics at the industrial edge Perception → safety gateway → controller Explore →
AINNA
CLICK ME
Rotating Earth

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.