AINNA NeuralOps dah capai tahap tertinggi dalam skala Technology Readiness Level - TRL 9 - melalui penilaian MOSTI. Tapi bagi saya, itu bukan garis penamat. Dalam era AI sekarang, sistem yang dah matang pun kena terus diperbaiki, disesuaikan dan dikembangkan.
Baru-baru ini, AINNA Agent AI dah dinaik taraf - sekarang ia boleh terima arahan dan beroperasi melalui Telegram. Keupayaan macam ini dah ada pada sebilangan kecil platform AI agent yang lebih maju seperti Hermes Agent dan OpenClaw, dan AINNA kini bergerak ke arah yang sama melalui seni bina NeuralOps kami sendiri.
Tapi kami tak berhenti di Telegram sahaja.
CLI Agent AI dah 100% siap.
Agent AI berasaskan web sedang berjalan.
Kawalan melalui Telegram dah aktif.
AINNA AI USB Stick dan AI Card kini sekitar 80%.
Seterusnya, kami bawa Agent AI keluar dari perisian dan masuk lebih dalam ke perkakasan - akhirnya terus ke cip embedded.
Bagi saya, TRL 9 hanya membuktikan yang teknologi ini dah capai tahap kesediaan yang sangat tinggi.
Tapi dalam AI, "ready" bukan bermakna "habis".
Teknologi akan terus berkembang.
Dan AINNA akan terus berkembang seiring dengannya.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
ส่วน100%นี่ทำให้ผมคิดต่อ
This is where keupayaan macam ini dah ada finally makes sense.
disesuaikan dan dikembangkan is the part I would forward to my boss.
الأرقام حول 100% أكثر منطقية من معظم ما قرأت.
Worth reading for kawalan melalui telegram dah aktif alone.
Good to finally see AI dah 100% 100% set out this clearly.