← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Salah seorang rakan sepasukan dalam E-Commerce Operations kami baru graduate pada Disember tahun lepas. AINNA ialah pekerjaan pertamanya, dan dia baru sekitar 3 bulan bekerja.

Dengan bantuan AINNA Agent AI, dia berjaya membangunkan sebuah sistem reconciliation kewangan marketplace yang lengkap — sistem yang kemudiannya dinilai pada TRL9 melalui MOSTI, tahap tertinggi dalam Technology Readiness Level.

Apa yang menarik bagi saya bukan sekadar sistem itu.

Tetapi siapa yang mampu membangunkannya, dan berapa cepat kemampuan itu boleh diperoleh apabila manusia bekerja bersama Agent AI.

Dalam satu sesi sharing bersama rakan e-commerce baru-baru ini, saya sempat berkata:

Kelak, untuk sesetengah sistem dalam operasi e-commerce, mungkin orang yang faham inventory, order flow dan settlement marketplace lebih mudah membangunkan sistem IT berbanding graduan IT yang tidak pernah memegang dashboard seller.

Bukan kerana mereka lebih pandai coding.

Tetapi kerana coding semakin murah dan semakin mudah dilakukan oleh AI.

Mereka sudah memahami SKU, stock movement, order status, shipping cut-off, return, refund, payment settlement, reconciliation, marketplace fee dan apa yang sebenarnya berlaku di belakang tab seller.
Agent AI pula boleh membantu mereka membina database, dashboard, API, automation, monitoring system dan application.

Jadi persoalan masa depan mungkin bukan lagi:
“Siapa paling pandai coding?”

Tetapi:
“Siapa paling memahami masalah sebenar yang perlu diselesaikan?”

AI tidak menghapuskan kepentingan IT.

Tetapi ia mungkin mengubah kedudukan IT daripada orang yang membina semuanya kepada enabler yang membolehkan domain expert membina sesuatu dengan jauh lebih cepat.

Dan mungkin inilah cabaran sebenar generasi akan datang:
Apabila technical barrier semakin rendah, domain knowledge, problem solving dan kemampuan memahami dunia sebenar akan menjadi semakin mahal.
Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME
Rotating Earth

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.