← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

AINNA Agent AI - Fasa 2

Sekarang kita masuk fasa kedua: pengalaman CLI berasaskan web, dikuasakan oleh AINNA NeuralOps, direka supaya pembangunan AI lebih mudah diakses, praktikal, dan benar-benar sebati dengan aliran kerja bisnes sebenar. Dalam operasi e-dagang, ini bermaksud kerja-kerja marketplace, inventori, dan pemprosesan pesanan boleh disambung terus dengan bantuan AI tanpa perlu bergantung pada proses manual yang berulang.

Masih banyak yang perlu diperhalusi , daripada aliran kerja, antara muka, kestabilan sistem, orkestrasi AI, routing, automasi, sehingga pengalaman pengguna keseluruhan. Bagi pasukan ops, setiap butiran ini penting kerana ia menentukan sama ada tugas harian seperti kemas kini stok, penyelarasan harga, dan pemantauan pesanan berjalan lancar atau tidak.

Fasa ini juga sebahagian daripada roadmap NeuralOps kami yang lebih besar. Dari sudut operasi, ia bukan sekadar teknologi baharu, tetapi asas untuk kurangkan kerja manual dan tingkatkan keputusan berdasarkan data dalam masa nyata.

Akan datang: model LLM kami sendiri yang fully distilled, dioptimumkan untuk berjalan dalam ekosistem AINNA dengan kawalan lebih besar, kecekapan lebih tinggi, dan kurang pergantungan pada model luar. Untuk bisnes e-dagang, ini bermakna respons lebih pantas, kos operasi lebih terkawal, dan data sensitif kekal dalam kawalan kita.

Langkah demi langkah, kami bina infrastruktur, lapisan ejen, dan akhirnya model itu sendiri. Sama seperti menguruskan SKU dan stok di marketplace, setiap lapisan perlu stabil sebelum kita skalakan.

Insyallah, lebih banyak akan menyusul.

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME
Rotating Earth

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.