← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Bagi pasukan operasi e-dagang, setiap token yang digunakan untuk inferens AI ibarat kos berubah yang naik mengikut volum jualan. Cabarannya bukan sekadar automasi — tapi membina operasi yang kekal untung apabila bilangan SKU, marketplace, dan volum transaksi semakin meningkat.

Dengan memindahkan workflow AI yang sudah matang ke sistem terpisah berasaskan Laravel, NeuralOps berjaya potong penggunaan inferens AI secara drastik. Berdasarkan arkitektur semasa, penggunaan token turun dari kira-kira 32 bilion token pada bulan pertama kepada lebih kurang 3–5 bilion token sebulan — pengurangan anggaran 84–91% dalam penggunaan token.

Dari sudut operasi, ini bermakna workflow marketplace yang berulang — seperti kemas kini status order, penyegerakan stok SKU, aliran respon standard kepada pelanggan, pemprosesan data terstruktur — kini berjalan atas logik backend deterministik tanpa perlu 'burn' token LLM. Kini, anggaran 99% tugas berulang yang matang boleh beroperasi tanpa menggunakan token AI.

AI masih digunakan, tapi kebanyakannya untuk kes-kes exception: kes kabur, data tidak terstruktur, reasoning kompleks, dan supervisi sistem — jenis kes tepi yang biasanya perlu eskalasi berbanding diurus secara pukal.

Guna AI untuk faham, reka dan baiki proses.
Guna sistem deterministik untuk jalankan proses secara berulang.

Ini cara NeuralOps beralih dari automasi yang bergantung berat pada AI ke arah arkitektur diperintah AI, dilaksanakan sistem yang lebih mudah ramal kosnya — dibina mengikut realiti volum dan margin e-dagang Malaysia.

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME
Rotating Earth

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.