Alhamdulillah — AINNA CLI Agent Beta is officially released.
Kami mula dari CLI agent open source yang dah dikenali, kemudian ubahsuai dan kembangkan supaya selari dengan cara pasukan operasi AINNA betul-betul jalankan sistem e-commerce. Bukan nak cipta semula terminal, tapi nak wujudkan persekitaran AI yang padu dengan workflow kami — dari pengurusan marketplace, penyegerakan inventory, kawalan SKU sehingga operasi berasaskan agent.
Versi beta ini bawa AI agent terus ke dalam CLI, dengan Build mode, agent controls, commands dan model integration, termasuk setup DeepSeek V4 Flash yang kami sedang guna. Dari terminal, kita boleh automate kerja-kerja operasi berulang seperti update listing, semak stok, sync inventory, persediaan campaign, atau integrate dengan marketplace API. Moving forward, kami akan improve routing, automation, specialised agents dan integrasi dengan ekosistem AINNA yang lebih luas.
Ini masih Beta. Memang ada bug, limitation dan banyak perkara nak diperbaiki — tapi dah boleh guna, dan kami mahu seller, operator marketplace, atau sesiapa yang urus e-commerce stack mula uji.
Jika anda sedang manage kedai online, store marketplace, atau maintain e-commerce stack, pergi ke laman web AINNA dan cuba AINNA CLI Agent.
Kami bina di atas open source. Kami ubahsuai untuk operasi sebenar. Kemudian kami iterate berdasarkan data dan feedback pasaran.
#AINNA #AINNACLI #AIAgent #AgenticAI #OpenSource #CLI #DeveloperTools #ArtificialIntelligence #SoftwareDevelopment #DeepSeek #AIEngineering #NeuralOps