Alhamdulillah. Satu lagi milestone untuk AINNA.
Daripada 50 syarikat, AINNA tersenarai dalam 10 syarikat terpilih untuk pitching di hadapan YTM Raja Muda Selangor menerusi program SAY ASPIRE.
Lebih bermakna, kami akan berada bersama sembilan syarikat lain yang masing-masing ada kekuatan dan track record tersendiri — termasuk salah satu syarikat yang merupakan pemenang program DeepX oleh SIDEC pada tahun lalu.
Bagi saya di operasi, peluang ini bukan sekadar pitching atau pertandingan. Ia adalah ruang untuk membuktikan misi yang kami jalankan setiap hari boleh membawa impak lebih besar kepada perniagaan di Malaysia.
Melalui NeuralOps, AINNA sedang membangunkan pendekatan AI yang fokus kepada Sovereign AI, model distillation, kecekapan pemprosesan dan ESG.
Dari sudut operasi, kami ambil model-model AI besar sebagai teacher models dalam proses distillation, sebelum pengetahuan itu dipindahkan kepada model yang lebih kecil, lebih specialised dan lebih efisien untuk deployment.
Matlamat akhirnya bukan untuk bergantung kepada AI luar secara berterusan. Kami nak membina intelligence yang boleh kami kawal, optimise dan host sendiri — dengan lebih banyak kawalan terhadap data, model, infrastructure dan inference.
Melalui kombinasi AI distillation, smart routing, specialised processing dan detached systems, kami berjaya potong penggunaan sumber pemprosesan sehingga 90% bagi workload tertentu. Dalam operasi harian, ini terjemah kepada lebih kurang penggunaan GPU, kurang beban infrastruktur dan deployment yang lebih pantas.
Bagi kami, masa depan AI bukan sekadar model yang semakin besar.
Ia tentang bagaimana kita jalankan AI yang lebih cekap, lebih specialised, lebih bertanggungjawab, lebih sustainable dan lebih sovereign.
Less processing. Less energy. More control. Better intelligence. Better world.
Insya-Allah, saya dan pasukan akan bawa visi AINNA dan NeuralOps sebaik mungkin di pentas SAY ASPIRE, sambil belajar dan berkembang bersama syarikat-syarikat hebat lain yang turut terpilih.
From a Malaysian SME, towards Sovereign Intelligence for a better world. 🇲🇾
#AINNA #NeuralOps #SAYASPIRE #SovereignAI #AIDistillation #ModelDistillation #ArtificialIntelligence #SIDEC #DeepX #ESG #SustainableAI #MalaysiaAI #AIInnovation #DigitalTransformation