✏️ Edit

AI Bukan Masalah: Strategi Lemah yang Mencipta Pembaziran

👁 0 views
AI Bukan Masalah: Strategi Lemah yang Mencipta Pembaziran

Salah satu pandangan paling popular, dan sering kali paling cetek, tentang AI ialah:

“AI menggunakan terlalu banyak tenaga, air dan kuasa GPU.”

Apa yang lebih membimbangkan ialah pandangan ini sering dipegang oleh individu yang bertanggungjawab membuat keputusan penting, sedangkan keputusan tersebut lebih banyak dipengaruhi oleh hype berbanding pemahaman teknikal.

Ironinya, sebahagian daripada mereka yang mengkritik penggunaan sumber oleh AI juga merupakan pihak yang menggunakan AI secara membuta tuli,tanpa smart routing, tanpa model segmentation, tanpa kawalan penggunaan dan tanpa memahami bila AI benar-benar diperlukan.

Masalah sebenar bukanlah AI.

Masalah sebenar ialah penggunaan AI tanpa strategi yang betul.

Dengan smart routing, model segmentation dan detached systems, penggunaan sumber boleh dikurangkan sehingga 90% kerana large model hanya diaktifkan apabila benar-benar diperlukan.

Menggunakan AI tanpa strategi ibarat:

🚛 Menggunakan lori untuk membawa seketul batu.
🏎️ Menggunakan Ferrari untuk berpindah rumah.
🛡️ Menggunakan kenderaan berperisai untuk pergi bekerja.

Ia juga ibarat bermesyuarat sepanjang hari mengenai ESG, tetapi sebaik sahaja mesyuarat tamat, arahan diberikan untuk mencetak berbelas-belas set minit mesyuarat bagi diedarkan kepada semua peserta.

Bercakap tentang sustainability tidak semestinya bermaksud kita mengamalkannya.

Begitu juga dengan AI.

Teknologi berkuasa tidak sepatutnya digunakan secara membuta tuli untuk setiap tugasan.

Gunakan small model untuk tugasan mudah.

Gunakan large model hanya untuk masalah yang kompleks.

Gunakan deterministic systems apabila AI tidak diperlukan.

AI bukan secara automatik membazir.

Seni bina AI yang lemah, tadbir urus yang tidak kukuh, penggunaan tanpa kawalan dan keputusan yang dipacu oleh hype sebenarnya menjadi punca pembaziran.

AI yang mampan bukan bermaksud menggunakan kurang kecerdasan.

Ia bermaksud menggunakan kecerdasan yang betul, pada masa yang betul, untuk tugasan yang betul.

Article image
📡 Trending
Loading articles...
BioResearch Microbiology & cancer disease research intelligence 6 inputs → traceable research priorities Explore →
Edge AI IoT & embedded Linux intelligence at the edge 14 edge agents → offline-capable Explore →
SmartCity AI-powered smart city infrastructure & operations 24 domains → one intelligent operating layer Explore →
IC DesignOps Repeatability, traceability & verification intelligence 21 detached services → 85% without LLM Explore →
AINNA
CLICK ME