Tentang HASDEY

Dari sebuah kilang kecil di Bukit Mertajam ke pengedaran nasional — kisah lebih 40 tahun dedikasi terhadap kualiti makanan.

Sejarah HASDEY

Sayur Fucuk HASDEY adalah bisnes warisan keluarga milik bumiputera sejak tahun 80-an lagi. Hasdey Puncak Enterprise ditubuhkan dengan tujuan menguruskan semua hal ehwal pemasaran dan jualan untuk jenama HASDEY.

Bermula dengan menjual produk HASDEY secara kecil-kecilan, kini kami mempunyai rangkaian sistem pengedaran yang lebih baik serta platform niaga online yang lebih bersistem.

Dahulu proses pembuatan dijalankan di bangsal kecil di tepi rumah sahaja. Sekarang kerja-kerja pembuatan dijalankan di kilang baharu dengan bantuan beberapa peralatan moden dan masih mengekalkan penghasilan sayur fucuk buatan tangan.

Hari ini, HASDEY mempunyai rangkaian ejen dan pengedar di 11 negeri seluruh Malaysia, dengan produk kami tersedia di pasar raya utama seperti Mydin, St Rosyam, Desa Segar, dan Hijrah Grocer.

Milestone HASDEY

1980-an

Pengasasan

Perniagaan fucuk bermula. Belajar seni pembuatan fucuk dan mula menghasilkan produk untuk pasaran tempatan.

1999

Peralihan Generasi

Perniagaan diambil alih oleh generasi kedua dengan visi untuk berkembang ke peringkat nasional.

2019

Kilang Baharu

Pindah ke kilang baharu di Sungai Semambu, Bukit Mertajam. Kapasiti pengeluaran meningkat ke 4,000+ pek sehari.

2020

Liputan Media

Ditemu bual oleh TV3 NONA dan BERNAMA. Peningkatan permintaan 3x ganda semasa Ramadan.

Hari Ini

Pengedaran Nasional

Rangkaian ejen di 11 negeri. Produk tersedia di pasar raya utama dan marketplace seluruh Malaysia.

Misi Kami

Menjadikan HASDEY Puncak Enterprise sebagai pembekal utama produk keluaran jenama HASDEY dan produk-produk makanan kering keluaran bumiputera yang bermutu tinggi di Malaysia.

Visi Kami

Menguasai rantaian penting di dalam ekosistem pengilang dan pembekal produk bermutu tinggi keluaran bumiputera di Malaysia, serta mewujudkan peluang bisnes sampingan atau tetap di dalam ekosistem pengedaran produk-produk HASDEY.

Prinsip Yang Membimbing Kami

01

Bersih

Kebersihan adalah keutamaan dalam setiap peringkat pengeluaran.

02

Berkualiti

Bahan terbaik dan proses terbaik menghasilkan produk terbaik.

03

Lebih Sedap

Rasa yang autentik dan tidak kompromi untuk kepuasan pelanggan.

04

Amanah

Transparen, jujur, dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan.

Berminat Untuk Bekerjasama?

Kami terbuka untuk kerjasama borong, ejen, dan pengedaran.

Saya Mahu Jadi Ejen Hubungi Kami
Chat WhatsApp