AINNA · WEDDING

PUSAT BANTUAN

Panduan & Soalan Lazim

Panduan ringkas untuk membina, membayar, menerbitkan dan mengurus jemputan AINNA.

Cipta jemputan
MulaRSVPGaleriHadiahPautan & tetamuFAQ

Mula & edit jemputan

  1. Daftar akaun, pilih pakej di halaman Cipta Jemputan, kemudian simpan maklumat asas.
  2. Pilih tema, ketelusan dan animasi di pembina jemputan. Perubahan pratonton berlaku serta-merta.
  3. Simpan maklumat. Draf tempatan disimpan dalam pelayar dan boleh dipulihkan jika halaman ditutup.
  4. Selepas bayaran disahkan, terbitkan jemputan. Pautan awam boleh dikongsi.

RSVP & senarai tetamu

Buka tetapan RSVP dalam pembina untuk menetapkan tarikh tutup atau menutup RSVP. Pemilik boleh menapis dan mengeksport senarai RSVP ke CSV.

Untuk pautan peribadi, tambah nama tetamu dalam Senarai tetamu. Setiap tetamu menerima pautan bertandatangan dengan nama dan had pax sendiri. Pautan sah setahun; buka semula halaman untuk menjana pautan baharu.

Galeri & media

Foto pasangan dan video mengikut pakej. Gambar tetamu menunggu kelulusan pemilik; had 5 gambar setiap IP untuk setiap jemputan. Kapasiti galeri mengikut pakej dan promosi.

Hadiah Shopee

Pemilik pakej Ucapan/Galeri boleh menambah sehingga 5 pautan Shopee Malaysia atau shp.ee, nota dan alamat penghantaran pilihan. AINNA tidak memproses bayaran atau penghantaran; urusan pembelian tertakluk pada Shopee dan penjual.

Pautan, bahasa & acara

Pautan tersuai boleh diubah sebelum jemputan diterbitkan. Font tajuk/teks, Waze, kenalan keluarga, acara tambahan dan kandungan English boleh ditetapkan dalam Tetapan lanjutan jemputan.

Soalan lazim

Bolehkah saya edit selepas bayar?

Ya, kandungan dan rekaan boleh diedit. Pautan tersuai sahaja dikunci selepas jemputan diterbitkan untuk mengelakkan pautan lama rosak.

Mengapa lagu tidak bermain automatik?

Pelayar moden menyekat audio automatik. Tekan butang muzik pada jemputan untuk memulakan lagu.

Bolehkah RSVP ditutup?

Ya. Buka RSVP dalam pembina dan nyahaktifkan “Buka RSVP” atau tetapkan tarikh tutup.

Adakah pesanan ujian lama dikira sebagai jualan?

Tidak. Pesanan ujian lama yang ditanda simulasi dikekalkan untuk audit, dikecualikan daripada jualan dan tidak boleh direfund.

Bagaimana memasang jemputan pada skrin utama telefon?

Buka pautan dalam pelayar telefon dan pilih “Tambah ke Skrin Utama” (Add to Home Screen).

KONGSI AINNA

Kongsi halaman ini

Sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan.

Facebook X LinkedIn WhatsApp Telegram