Upload cover image (JPG, PNG, WebP)

Minggu ini, saya ada berbual dengan beberapa pengasas SME tentang P&L, Balance Sheet, dan kesiapsiagaan LHDN. Kebanyakan mereka setuju yang laporan kewangan perlu diperbaiki.
Tapi bila turun ke lapangan, ramai SME yang sudah beroperasi bertahun-tahun hanya ada satu rekod kewangan yang konsisten: penyata bank.
Rekod siapa yang belum bayar kita mungkin tak lengkap. Rekod apa yang kita masih hutang pembekal pula mungkin tertinggal. Aset tetap dan inventori mungkin tak pernah diselaraskan dengan betul.
Perakaunan akrual memang destinasi akhirnya. Tapi bagi SME yang tengah membina semula akaun, rekod tunai atau bank adalah titik mula yang paling praktikal.
Ada pengasas berkongsi pengalaman semasa audit LHDN. Dia tidak dikenakan penalti semata-mata kerana rekodnya belum fully accrual-based. Sebaliknya, beberapa perbelanjaan dinilai semula kerana salah klasifikasi atau rawatan cukai.
Beza itu penting. Rekod kewangan yang tak lengkap bukanlah sama dengan menyembunyikan pendapatan atau mengelak cukai.
Perjalanan praktikalnya boleh jadi macam ini: Penyata Bank → Clean Cash Ledger → Cash-Based P&L → Accrual Adjustments → P&L + Balance Sheet. Di sinilah AI dan automation boleh bantu reconstruct data kewangan dengan lebih pantas dan sistematik.
Prinsip saya dari sudut operasi: Cash First. Accrual as the Destination. Compliance Throughout. Teknologi sepatutnya tolong SME mula dengan apa yang mereka sudah ada, dan bergerak secara berperingkat ke arah laporan kewangan yang lebih baik. #SME #Accounting #LHDN #AI #Automation #FinancialStatements #MalaysiaSME #NeuralOps
Basic Package
Special SME traction programme by AINNA.
Every package includes a Basic AI Agent for website governance, content assistance and article management.
View SME Offer →